Bismillahirahmanirahim.
Alhamdulillah kerana diberikan kesempatan untuk bernafas di muka bumi Allah ini.Pernah dengar atau terbaca tak tentang law of attraction? Saya pertama mendengarnya ketika menghadiri ceramah motivator terkenal RAJA SHAMRI. MOTIVATOR alumni Mrsm Pengkalan Chepa yang dianugerakan oleh Allah kepadanya fizikal yang kurang sempurna tetapi memiliki pengalaman yang amat berguna untuk dikongsikan sebagai inspirasi.
Saya masih ingat lagi kata katanya tentang law of attraction.Begini lebih kurang katanya
‘kalau adik adik abang nak jadi doctor,mulailah dari sekarang untuk meniru gaya doctor,gaya berfikir doctor dan perkara berkait dengan doctor. Kalau nak jadi wakil rakyat, mulailah dari sekarang mencontohi watak wakil rakyat dari segala aspek. Dan sentiasa berfikiran positif. Betapa hebatnya kuasa minda positif mengubah hidup anda inilah law of attraction.’
Sedikit sebanyak law of attraction yang saya research;
Law of attraction atau dalam bahasa melayu hokum tarikan bersifat sama hukum fizik lain seperti law of gravity.Ia dipanggil ‘Tarikan’ kerana prinsip tarik menarik yang berlaku didalam hukum ini.
1.Setiap manusia pasti berfikir setiap hari. kita mampu berfikir hingga 60,000 cetusan fikiran setiap hari (kajian sains)
2. Apa berlaku setiap kali manusia berfikir?.. Otak kita akan mengeluarkan gelombang.
3. Gelombang apakah yang dikeluarkan? Ada 2 jenis iaitu
a. Gelombang positif
b. Gelombang negatif
4. Kemana gelombang ini pergi? Ke angkasa dan persekitaran kita
5. Apa yg berlaku seterusnya? Gelombang ini akan mencari tenaga-tenaga yang terdapat di persekitaran kita, iaitu : tenaga yang mempunyai gelombang yang sama.
6. Mengapa ada tenaga di persekitaran kita? Memang terdapat banyak tenaga diseluruh alam semesta ini, manusia juga terdiri dari jutaan himpunan tenaga iaitu atom, seluruh alam semesta dan isinya terdiri dari struktur dan unsur atom (iaitu tenaga yang bergetar).
7. Apakah jenis tenaga yang dicari oleh gelombang dari otak kita? Ada 2 jenis iaitu:
a. Tenaga Positif
b. Tenaga Negatif
8. a.Gelombang positif dari otak akan mencari tenaga positif
b. Gelombang negatif dari otak akan mencari tenaga negatif.
9. Selepas itu, tenaga ini akan ditarik oleh gelombang otak dan dihantar kepada pemancar gelombang tadi iaitu: manusia yang berfikir.
10. Hasilnya, *setiap manusia akan mempunyai banyak tenaga didalam ‘belon aura’ mereka dan juga didalam realiti hidup mereka. ( *’belon aura akan diterangkan kemudian)
11. *setiap manusia akan mempunyai banyak tenaga: ini bergantung kepada jenis tenaga yg mereka tarik, bergantung pada jenis gelombang yg mereka keluarkan.
a. Banyak keluarkan gelombang positif, banyaklah tenaga positif ditarik oleh manusia itu
b. Banyak keluarkan gelombang negatif, banyaklah tenaga negatif ditarik oleh manusia itu.
12. Bagaimana kita ingin pastikan gelombang jenis apa yg kita keluarkan?
a. Apa jua yang kita fikirkan, yang membuatkan kita rasa gembira, bersemangat, selesa, tenang dan aman, (feeling good) bermakna kita sedang mengeluarkan gelombang positif.
b. Apa jua yang kita fikirkan, yang membuatkan kita rasa risau, takut, sedih, marah, resah dll, (feeling bad) bermakna kita mengeluarkan gelombang negatif.
13. Apa yang berlaku pada diri kita dgn kehadiran tenaga-tenaga ini?
Tenaga yg ditarik adalah tenaga yang sama getaran/vibration dgn gelombang pemikiran kita , seperti:
a. (berfikir ) bersyukur kerana mendapat sesuatu pemberian
(tenaga yang ditarik) Tenaga-tenaga yang membawa perkara-perkara yg membuatkan kita akan bersyukur lagi. Maksudnya banyak lagi pemberian yang kita akan terima yg membuatkan kita berpeluang untuk bersyukur lagi.
b. (berfikir) yang kita sihat, sedang dalam proses sembuh
(jenis tenaga) Tenaga dalam bentuk kesihatan dan perkara2 yg membawa pada kesembuhan/ jalan untuk sembuh dll.
c. (berfikir) rezeki itu berlimpahan, mudah didapati, sentiasa dipermudahkan
(jenis tenaga) tenaga yang membawa kita kepada kewangan, jalan keluar untuk rezeki dll yang berkaitan dgn rezeki.
d. (berfikir) perkara yang tidak disukai, menyedihkan, perkara negatif
(jenis tenaga) Tenaga berbentuk perkara-perkara yg membuatkan kita sedih, kecewa dll.
e. (berfikir) Mengeluh dan merungut tentang sesuatu
(jenis tenaga) Tenaga yang membuatkan banyak lagi perkara berlaku untuk kita rungutkan dan keluhkan.
f. (berfikir) Tentang orang2 dan sifat orang2 yg tidak disukai, ingin dihindari, benci dll
(tenaga) Tenaga yang menyebabkan jumlah org2 yg memiliki sikap dan perangai yg kita tidak suka itu semakin banyak berada didalam realiti kehidupan kita.
(berfikir bermaksud: memberi tumpuan dan fokus, membuat satu andaian dan tanggapan yang kita percaya benar / perception/ affirmation – yg mana semua ini terbentuk didalam jiwa / minda separa sedar kita hasil dari cara dibesarkan, pengalaman2 silam, pengalaman2 orang lain yg kita adaptasi dan percayai dan lain-lain didalam proses kita membesar)
14. Oleh itu, prinsip asas LOA ialah:
” Anda menarik masuk kedalam kehidupan anda, segala apa yang paling banyak anda berikan fokus, tumpuan dan perhatian yang mendalam samada perkara positif ataupun negatif”
15. Al Qur’an telah menjelaskan cukup banyak tentang perkara2 ini seperti diantaranya:
a. “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.” (QS. Ibrahim: 7) (TENTANG TARIKAN)
b. Dan dilangit pula terdapat (sebab-sebab) rezeki kamu, dan juga terdapat apa yang telah (ditakdirkan dan) dijanjikan kepada kamu (Adz Dzariyaat: 22) (TENTANG TENAGA)
c. “Aku bersama sangkaan hambaKu padaKu, maka hendaklah dia berprasangka dengan apa yang dia inginkan (-bukan dengan apa yang dia khuatirkan/risaukan) (Hadis Qudsi Riwayat Tabrani dan Al Hakam) (TENTANG TARIKAN)
d. Kerana itu Islam amat melarang umatnya dari MENGELUH. Sabda Rasullullah S.A.W:
” Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang.” Dan sabdanya pula,
” Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka.”
(Riwayat oleh Imam Majah)
e. Dan larangan keras dari mengumpat:
Nabi S.A.W bersabda: ”Ketika aku dinaikkan ke langit (mikraj) aku lalu berhampiran kaum yang mempunyai kuku daripada tembaga, mereka mencakar muka dan dada mereka dengannya. Aku berkata: siapakah mereka wahai Jibril. Ia menjawab: merekalah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menceroboh nama baik mereka.”
(Abu Daud, sahih)
f. Larangan dari berburuksangka (negative thinking):
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa;” (Al-Hujurat : 12)
g. Firman Allah “Apa jua kebaikan (Nikmat kesenangan) yang engkau dapati maka ia adalah dari Allah; dan apa jua bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri.
(An Nisa’ : 79)
(Jangan salahkan takdir jika kita mengalami kehidupan yang kita rasakan ‘bernasib buruk’. Berusahalah mengubah corak pemikiran kita untuk mengubah kehidupan supaya memiliki ‘nasib baik’)
h. Saranan supaya memberi persangkaan baik agar orang yang berniat buruk dengan kita tidak akan mampu memberi kemudaratan kepada kita.
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) antara perbuatan baik dan perbuatan jahat . Tolaklah kejahatan (yg ditujukan padamu) dengan cara yg lebih baik maka apabila engkau berbuat demikian, (kamu akan mendapati) orang yg menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Al-Fussilat: 34)
i. Firman Allah: Allah tidak akan merubah nasib seseorang atau sesuatu kaum, sebelum orang itu atau kaum itu berusaha (menunjukkan komitmen) untuk mengubah apa yang ada pada diri mereka. (Ar-Raad’: 11)
Firman Allah ini jelas dan terang sekali menyeru kita bahawa sekiranya kita inginkan nasib kita berubah, situasi kewangan kita berubah, kesihatan kita berubah, keluarga kita berubah, pasangan kita berubah, masyarakat kita berubah, negara kita berubah, ( segalanya menjurus kepada perubahan dari keadaan buruk kepada keadaan yang baik) maka kita perlu melakukan PERUBAHAN itu sendiri bermula dengan diri kita, dan perubahan yang pertama-tama sekali yang perlu anda lakukan ialah: perubahan pada cara anda berfikir. Berfikirlah dengan kaedah husnzzon (Bersangkabaik/Berfikiran Positif)
16. Oleh itu, kita boleh memilih sendiri, jenis tenaga apakah yang kita inginkan sentiasa maksimum / banyak didalam kehidupan kita, dengan cara memperbanyakkan berfikir dan memberikan perhatian HANYA kepada perkara2 yang kita sukai, ingink
Wednesday, 3 December 2014
Thursday, 23 October 2014
Cerpen : Aku Si Bunga Melur
Aku dicipta oleh Tuhan Yang Maha Pencipta sebagai tumbuhan dan bunga untuk memberi haruman dan oksigen kepada manusia dan haiwan.Pelbagai lagi fungsi yang belum diterokai oleh manusia yang diciptakan mempunyai akal dan fikiran.Aku diberi nama oleh orang Melayu sebagai Melur.Saudara serumpun mereka orang Indonesia memanggil aku dengan nama Melati. Si Penjajah orang putih memanggil aku Jasmine dan saintis dan pengkaji bijaksana memberi nama aku dengan nama Jasminum Sambac. Pelbagai nama diberi padaku tetapi aku lebih mesra dengan panggilan Melur, ya Bunga Melur .Aku hidup nyaman di bumi Nusantara ini.
Aku tidaklah seharum Mawar mahupun Kasturi. Aku juga tidak segah Bunga Matahari yang kembang mekar seindah sang Mentari.Aku Melur hanya tinggal di desa dan kampung di pinggir kota.Tempatku bukan tempat mewah atau indah mahupun di kediaman kediaman kerabat sultan dan pembesar negara.Tempat aku hanyalah di kediaman orang –orang desa dan kampung yang jauh dari bandar yang megah.Bandar yang dipuja puja manusia. Bandar yang dijadikan medan mencari wang dan harta. Bandar yang penuh dengan kederhakaan dan kemaksiatan.Aku bersyukur tempatku di sini desaku yang aman damai. Masyarakatnya yang mesra,udaranya yang nyaman dan alamnya yang indah.
Aku hanya ditempatkan di sudut halaman. Aku tidak dihiasi dengan jambangan yang indah.Dibiarkan aku dengan keadaannya yang asli.Tiada keindahan tiruan . Tiada tipu daya dan muslihat. Aku bersyukur dengan diriku.Sekadar bunga Melur di halaman.
Tapi warnaku yang putih dan bersih membuatkan aku menghargai diriku.Ini menunjukkan tanda diriku yang murni dan suci.Walaupun aku sentiasa ditiup debu tetapi warnaku tiada berubah dan tetap asli.Itulah aku, kekal dengan jati diri dan mempertahankan maruahku.Walaupun debu melitupi diriku, warnaku dan bauku tetap memikat kalbu manusia meskipun aku hanya di sudut halaman desa.Walaupun aku kering dan tidak bercahaya, diriku tetap memukau pandangan.
Begitulah aku dan gadis desa. Aku hampir sama dengan gadis desa.Biarpun gadis desa tiada secantik dan semewah gadis kota tetapi dirinya tetap mempunyai auranya yang tersendiri. Biarpun wajah gadis desa tiada terhias dengan solekan yang mahal dan indah, tetapi ia tetap memikat kalbu yang memandangnya.Itulah gadis desa temanku yang selalu menemani diriku.Dihiaskan diri mereka dengan diriku. Sungguh ayu gadis desa pujaaanku.Gadis desa yang bersederhana dirinya seperti diriku.Suci murni hati gadis desa seperti putih dan sucinya warnaku. Biarpun ujian menimpa, halangan yang sirna dan kejayaan mendatang. Dirimu wahai gadis desa tetap menjadi dirimu yang asli. Jati dirimu tiada berganjak.Maruahmu tiada dirobek. Itulah gadis desa pujaan hati.Kekalkanlah jati dirimu wahai gadis desa tidak kira dimana dirimu berada, di kota mahupun di desa. Kuatkan hatimu wahai gadis desa. Jangan biarkan dirimu lalai dengan dunia yang penuh dengan tipu daya dan durjana.Sesungguhnya dirimu adalah hamba kepada Tuhanmu seperti mana juga diriku.Tundukkanlah pandanganmu sebagaimana tunduknya diriku sebagai bunga Melur.
Bersabarlah dirimu wahai gadis desa idaman hati manusia yang ikhlas. Ikhlaskan dirimu wahai gadis desa sebagaimana ikhlasnya diriku memberi haruman kepada manusia tanpa mengharapkan balasan. Teruskanlah berjuang wahai gadis desa menyemai bakti kepada nusa dan bangsa.Berhati sucilah dirimu. Luhurkanlah budimu dan tingkatkanlah ketakwaanmu kepada Sang Kudus.
Biarkankanlah aku menjadi lambang keikhlasan budi , kesucian hati dan keluhuran jati diri yang sejati selama-lamanya.
Aku hanyalah bunga Melur di sudut halaman desa.
.jpg)
NASRULLAH ALIAS
23 OKTOBER 2014
10.30 P.M
Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai
Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu
Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa
Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja..
KARYA SENIMAN AGUNG TAN SRI P. RAMLEE

Sunday, 19 October 2014
Cerpen: Kerana 0.01
Suasana seakan -akan kelam kabut.Wajah wajah manusia kelihatan pelbagai riak.Ada kelihatan sangat senang hati. Berpeluk-pelukkan mereka meraikan kegembiraan mereka seakan-akan memperolehi sesuatu yang amat berharga dalam hidupnya .Azam hanya memerhati seribu bahasa.Pelbagai rasa yang terbenak dalam jiwanya. Berfikir apakah nasibnya nanti. Apakah akan menjadi seperti mereka yang mana senyuman sungguh lebar sekali.
Azam terus berjalan tanpa mengetahui dimana destinasinya.Tidak tahu kemana hendak ditujunya.Di saat orang lain dan rakan -rakan seperjuangannya berpusu-pusu ke arah yang sama , Azam tetap berulang-alik seperti seorang suami yang menunggu isteri hendak bersalin seperti yang digambarkan dalam drama dan filem Melayu.
Satu persatu rakan-rakannya keluar dari pintu besar dewan dengan riak wajah yang menyenangkan dengan slip peperiksaan setia di tangan mereka. Ada seorang dari mereka terlalu excited sehingga menayangkan slip peperiksaan kepada Azam yang hanya mampu memerhati dari jauh di sudut satu tempat yang berhampiran dengan dewan.Azam kurang mengenali siapa gerangan lelaki itu.
‘’Patutlah makhluk tu tayang kat aku, dapat Four Flat rupanya. Tapi apa motifnya dia tunjuk sama aku, aku tidak kenal dirinya. Mungkin terlalu excited. Untunglah” Bisik hati Azam.
Azam masih lagi tiada keberanian untuk menghadapi suatu realiti dan kepastian yang bakal dihadapi olehnya. Azam mengintai dari satu sudut dewan tersebut, dia mendapati masih ramai yang beratur untuk mengambil result masing masing.
‘Allahuakbar Allahuakbar! Allahuakbar Allahuakbar!’
Kedengaran bunyi azan di surau yang berdekatan dengan Dewan keramat itu.
‘’Dah zohor dah, rasanya perlu untuk aku menunaikan kewajipanku sebagai seorang Muslim , selepas sembahyang aku nak baca al Quran, biar tenang jiwaku” Hati Azam bermonolog.
Solat Zohor sudah ditunaikan, surah Al Insan yang dijadikan amalan Azam hampIr setiap hari telah dibaca secara penuh. Azam melangkah kakinya menuju tempat pengambilan result itu. Azam merasakan sedikit kekuatan berbanding sebelum itu. Azam terus melangkah dan melangkah. Istighfar terus dibibirnya tanpa henti sepertimana orang lain yang kelihatan sentiasa berzikir. Yang pegang rantaian tasbih pun ada.Inilah amalan orang Islam yang sepatutnya. Tapi bukan hanya di saat genting sahaja tapi hendaklah sentiasa di hati selagi nafas disedut dan nadi sentiasa berdenyut.
“Mana IC? Kad Matrik?” Tanya staf MARA itu pada Azam.
Azam sangatlah kelam kabut di saat itu. Azam yang dikenali dengan sifat kelam kabutnya itu terus mengambil satu kad dari koceknya itu.Terus diberi kepada staf tanpa diperiksa terlebih dahulu.
‘ Adik, ini kad ATM adik. Saya tak nak kad ATM adik. Gaji saya dah masuk semalam. Saya nak Kad Matrik adik. Adik ada kad Matrik? ‘ Respon staf itu dengan muka serius.
‘‘Maaf banyak banyak encik, nah ini kad matrik saya.’’ Jawab Azam
Sebenarnya,kad matrik Azam yang diberikan itu sudah tergantung siap di dadanya bukan di dalam kocek.Itulah tabiat Azam yang sukar dirawat.
Staf itu memberikan Azam segulung slip peperiksaan.
Azam memerhati result itu dengan senyuman untuk memberi kekuatan pada dirinya.
“Innalillah.Allahuakbar. Ya Allah” perkataan yang keluar dari mulut Azam dengan nada yang terketar-ketar .
‘’0.01 lagi ya Allllllllaaaaaaaaaah” keluh Azam panjang.
‘’Ini ujian atau bala untukku?’’ bisik hati Azam seakan -akan mempersoal Tuhannya.
Hari itu hari paling malang dalam hidupnya sebagai seorang pelajar. Azam tidak pernah gagal dalam akademik sepanjang hidupnya. Azam mendapat pointer 1.99. Syarat Program Matrikulasi Satu Tahun adalah pelajar mestilah mendapat sekurang-kurangnya 2.OO. Seandainya tidak dapat, terpaksalah di reject dari program itu. Terpaksalah berpisahlah Azam dengan guru guru dan rakan rakannya. Azam terpaksa meninggalkan gadis yang disukainya. Nama gadis itu Nazatul .Nazatul pelajar cemerlang dan merupakan antara pelajar paling cemerlang di Pusat Matrikulasi itu.Jika dibandingan dengan Azam dari segi akademik. Bagaikan langit dan bumi. Tapi itulah gadis impian Azam.Tetapi yang paling menyedihkan, Azam terpaksa menghampakan perasaan orang tuanya dan memikirkan apa reaksi orang kampung terhadap Azam yang dikenali sebagai seorang pelajar pintar yang berlatarkan pendidikan Maktab Rendah Sains Mara. Apakah layak seorang pelajar MRSM direject dari program Matrikulasi? Itulah yang selalu difikirkan Azam.Sebenarny semua sekolah sama,kalau rajin berjayalah pelajar itu, kalau malas jadilah seperti Azam tetapi mentaliti masyarakat kita yang memandang sekolah itu untuk dijadikan sandaran pelajar itu bijak atau sebaliknya.
Azam termenung sendiri.Di saat inilah Azam memerlukan kata -kata semangat dari orang sekeliling. Azam berfikir macam mana untuk menghadapi hari hari seterusnya. Macam mana reaksi orang tuanya? Apakah ada lagi peluang untuknya?
“Azam, banyakkan bersabar Azam, Allah mengujimu. Aku tau kau telah berusaha bersungguh- sungguh melebihi aku. Tapi kau tak ada rezeki. Aku faham perasaan kau” kata- kata Amar yang merupakan rakan yang paling rapat dengan Azam. Amar sedaya upaya menenangkan hati kawannya itu.
“ Amar,aku tak boleh terima ini amar, aku dapat 1.99 Mar. 0.01 lagi untuk aku pass. Kalaulah aku dapat lagi rendah dari ini tidaklah aku terasa macam ni. Aku bakal direject mar. Aku bakal balik kampung Mar.”
Azam meluahkan apa yang terbenak di hatinya.Mengalir air mata lelaki Azam.
“Ya Allah, lemahnya diriku .Ujian macam ni pun aku tak mampu nak hadapi” Azam bermonolog di hadapan Amar yang setia di sisi.
“Azam, dengarkanlah apa yang aku sampaikan padamu yang mana kau pernah sampaikan padaku.Allah mengujimu sesuai dengan kemampuan mu.Lupakah kau dengan firman ALLAH yang pernah kau update pada status mu di Facebook.? Aku terbacanya dan aku ingat apa yang kau tulis.”
”Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya , surah AL baqarah ayat 286. Betulkah Azam? Aku tau engkau lebih tau dari diriku" Amar meneruskan bicaranya.
“Aku masih ingat apa yang kau katakan padaku di saat aku ditimpa musibah ., kadang kadang Allah bagi guruh , Allah bagi hujan yang lebat,kita mengeluh mengapa Allah bagi semua ini tetapi rupa-rupanya Allah ingin menghadiahkan Pelangi yang indah. Masihkah kau ingat kata- kata mu itu wahai Azam”
“Azam , kalau kau mengaku kau beriman .Kau mesti mengamalkan apa yang bakal aku bacakan nanti.” Kata Amar .
Amar terus bangun dan mengambil satu buku di atas rak mejanya. Amar membelek- belek buku untuk mencari halaman yang hendak dibacakan.
‘’Azam. Dengarkanlah apa yang aku ingin katakan padamu dari sabda Rasulullah s.a.w . Dengarlah baik baik wahai Azam sahabat dunia dan akhiratku.
“Rasulullah S.A.W bersabda :sungguh kagum urusan seorang yang beriman.Sesungguhnya urusannya baik.Dan hal ini itu tidak akan diperolehi kecuali orang orang yang mukmin. Apabila dia memperolehi kebaikan dia bersyukur.Maka hal itu merupakan kebaikan padanya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan, dia bersabar.Maka itu juga kebaikan untuknya”
“Fahamkah Azam apa yang aku cuba sampaikan padamu?” Amar mengakhiri tazkirah yang menyentuh hati Azam itu.
“Terima Kasih Amar. Terima kasih kerana ada di sisiku saat aku memerlukan seseorang .Kaulah sahabat dunia dan akhiratku. Doakan aku Berjaya mencari haluanku.”
Azam menitis air mata. Amar turut sebak tapi masih mampu mengawal air matanya keluar.
Mereka berpelukkan sesama mereka. Rakan- rakan sedorm yang hanya sekadar silent observer turut mengelilingi mereka berdua. Mereka turut memberikan kata- kata semangat kepada Azam. Ini lah malam yang syahdu bagi Azam dan ini juga malam terakhir di Pusat Matrikulasi itu.
“Kawanku sekalian, aku masih mencari halatuju selepas aku meninggalkan tempat ini . Aku mohon kepadamu semua untuk mendoakan kebaikan untukku.” Pinta Azam kepada rakan -rakanya yang ada bersamanya.
“Aku doakan yang terbaik untukmu.” Jawab Qayum, salah seorang dari mereka.
Azam tekad dalam hatinya untuk meneebus balik apa yang berlaku. Azam bermuhasabah mana silapnya.
“Mungkin peristiwa ini teguran dari Allah untuk aku bermuhasabah diri. Untuk aku bermunajat padaNya. Untuk aku merintih padaNya. Sudah lama aku tidak mengadu padaNya .Ya Allah, berilah peluang kedua untukku.” Bisik hati Azam.
********
4 tahun sudah berlalu.Azam bakal melalui detik bahagianya dalam perjuangan akademiknya. Azam bakal menerima Anugerah Naib Canselor yang dianugerahkan oleh pihak Universiti kepadanya atas kejayaannya yang cemerlang.Azam telah belajar kursus yang diminatinya iaitu Diploma Pemulihan Carakerja dan memperoleh kecemerlangan. Pengalaman di Matrikulasi dijadikan semangat untuknya bangkit semula. Betul lah kata orang, orang yang berjaya biasanya mengalami kegagalan sebelum itu. Contohnya adalah Azam.
Gadis yang diminati Azam, Nazatul juga ditakdirkan belajar di tempat yang sama bersama Azam iaitu Universiti Teknologi Mara kampus Puncak Angkasa. Nazatul melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda Optometri setelah berjaya menamatkan matrikulasi dengan cemerlang. Itulah takdir antara mereka berdua. Bezanya Nazatul berada di tahap ijazah manakala Azam hanya di tahap diploma .
Azam juga melamar Nazatul untuk menjadi teman hidupnya yang diikat melalui pertunangan. Azam sudah mengenali keluarga Nazatul dan begitulah sebaliknya.Namun ,Nazatul masih lagi mempunyai masa setahun untuk menamatkan pengajiannya sedangkan Azam telah tamat dan hanya menunggu hari graduasinya.Tapi itu tidak menghalang mereka berdua. Azam sanggup menunggu di samping memperkukuhkan ekonomi sebelum mendirikan sebuah masjid.
“Kalaulah bukan kerana 0.01, dimanakah aku agaknya? Bolehkah aku untuk mencapai kecemerlangan ini? Adakah aku diberikan peluang untuk dipertemu dengan bakal isteriku ini?. Terima kasih 0.01 dan terima kasih Allah kerana menciptakan takdir yang cukup indah untukku” kata -kata Azam pada statusnya di Facebook saat Hari Graduasinya.
*****
PERHATIAN: KISAH INI HANYA REKAAN SEMATA MATA .TIADA KAITAN YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. SEANDAINYA ADA PERSAMAAN CERITA, ANGGAP ITU SATU KEBETULAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN.

Friday, 17 October 2014
Kita Semua Mujahidin
Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang sudi membaca.
Untuk makluman, kini saya tengah bercuti untuk semester 1 dan kepada kawan kawan yang sedang bercuti, tidak terlewat kiranya untuk saya mengucapkan selamat bercuti.Mudah mudahan cuti ini diisi dengan perkara yang bermanfaat dan memberi manfaat kepada orang lain.InsyaALLAH.
Entry kali ini rasanya amat berat untuk saya olah kerana kedangkalan ilmu saya umpama sebiji pasir di daratan dan lautan di muka bumi ini, mungkin lebih kecil.Saya hanya pelajar Sains Kesihatan bukan aliran agama seperti fiqh , usuluddin mahupun tamadun Islam. Saya mohon kepada ustaz atau ustazah atau orang yang berilmu menegur saya secara direct seandainya ada percangahan pada entry kali ini.
Sejak akhir akhir ini, ISIS atau ISIL (Islamic State of Iraq and Levant) ataupun namanya dalam bahasa Melayu Daulah Islamiyyah Negara Islam semakin kedengaran dari penjuru media.Saya pun belum pasti apakah maklumat yang disampaikan media ini benar mahupun palsu ataupun mempunyai agenda yang tersendiri.Saya juga tidak pasti apakah Isis ini berada pada jalan yang benar atau militan yang sesat lagi melampau? Bak kata peribahasa Melayu ditelan mati emak, diluah mati bapak.
‘‘Ya Allah , tunjukkanlah kami itu benar seandainya itu benar dan tunjukkanlah itu batil seandainya itu batil’’.
Fitnah akhir zaman.
Berbalik kepada apa yang saya ingin sampaikan,apa itu Jihad? Berdasarkan pengetahuan dan pendapat saya,jihad itu tidak hanya terhenti berjuang di medan peperangan.Apatah lagi mengatakan kini jihad sudah tiada. Jihad tetap ada! Hakikatnya skop jihad itu lebih luas dari kancah peperangan. Jauh lebih luas.
Rasulullah S.A.W pernah mengingatkan para sahabat yang baru sahaja pulang dari medan perang.
“ Sesungguhnya kamu pulang dari jihad kecil menuju kepada jihad yang lebih besar
“apakah jihad yang lebih besar wahai Rasulullah ?” Tanya para sahabat.
“Jihad melawan hawa nafsu(diri sendiri)” Jawab Rasulullah.
(Riwayat Dailami)
Benar,berjihad mempertahankan Negara daripada musuh adalah satu tuntutan yang wajib.Namun berjihad bermati-matian melawan tentera hawa nafsu dan syaitan lebih utama.
Tentera islam yang suatu masa dahulu pernah menang berjihad di Medan Badar sebenarnya sudah menang berjihad menentang hawa nafsu mereka.Bermula dengan jihad yang besar (menangani nafsu) inilah mereka berani turun dalam jihad yang kecil(medan perang).Masyarakat kita kini tidak,lidah berbicara jihad, tapi subuh entah ke mana.Saya tidak berkata kepada sesiapa,saya berkata kepada diri saya sendiri.
Sekali semboyan Nabi dibunyikan, berduyun duyun para sahabat menyahutnya pergi berjuang. Inilah mujahid sejati.Pantang berundur sebelum berjuang.Generasi mujahid yang dididik Rasulullah S.A.W ini begitu berbeza.Kental dalaman dan gagah luaran.Inilah rahsia kejayaan Islam dalam menyebarluaskan islam ke seluruh pelusuk dunia.
Saudara –saudari sekalian,kita semua adalah mujahid serta pewaris mujahid.
Nabi S.A.W bersabda, “orang yang berjihad ialah orang yang melawan hawa nafsunya’’.
(Riwayat Al Tirmizi)
.jpg)
Sungguh, kita semua ialah mujahid. Mujahid yang melawan hawa nafsu.Maka amat wajarlah semangat generasi mujahid yag dididik oleh Rasulullah ini meresap dalam jiwa setiap remaja Islam kini yang mana merupakan harapan agama, harapan Rasulullah , harapan negara bangsa dan harapan keluarga.Barulah tradisi kejayaan mereka mampu kita warisi dan kekalkan.
Justeru , sebelum bermimpi ingin berjihad di meda peperangan , mujahid perlu bersiap siaga.Andai sudah bersedia untuk mati syahid , pastikan juga tidak sesekali akan gugur diheret gelora hawa nafsu.Apatah lagi dalam era modenisasi dan dunia tanpa sempadan ini, setiap penjuru kita diserang dengan pelbagai serangan.Bukan sebarang serangan,tetapi serangan halus hedonism dan materialistik yang memberi ancamam yang berbahaya.
Allah S.W.T berfirman dalam surah Taubah ayat 122,
“Dan tidaklah(betul dan elok) orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang ) oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja sahaja dari tiap tiap puak di antara mereka, supaya(orang yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut dalam agama dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berperang) apabila orang itu kembali kepada mereka mudah mudahan mereka dapat berjaga jaga (daripada melakukan larangan Allah).
Sahabat yang dimuliakan sekalian, lapangan juang ini seluas dunia.Maka tidak wajarlah semua mukmin keluar untuk tujuan yang satu.Kita mesti memainkan peranan kita masing masing.Kita mesti berjihad menuntut ilmu. Kita juga boleh memainkan peranan jihad dengan cara dakwah.Bukan perang dengan senjata semata mata.Perjuangan kita semua belum selesai. Saya berjuang dengan cara ini iaitu dengan menulis.
Jihad ini luas. Antaranya:1. Jihad Ilmu. Kita semua penuntut ilmu ini ialah mujahid.
2. Jihad identiti. Dengan memakai pakaian sunnah dan mengikut syariat dan berakhlak mulia.Ini baru cool. Teringat saya akan seorang sahabat saya, beliau menghadiahkan sepasang jubah kepada saya. Subhanallah, baik sungguh hatinya.Beliau sentiasa dengan jubah dan serbannya serta akhlak yang baik.
3. Jihad dakwah.Misalnya melalui pena kita mampu ‘keluar’ berjihad menyebarkan islam. Banyak lagi cara dakwah jangan berfokuskan yang satu.
4. Jihad harta. Menginfakkan harta dengan jalan Allah.Oleh itu kita mesti menuntut ilmu bersungguh sungguh untuk menjadi orang yang hebat dan mampu berjihad dengan harta.
5. Jihad idea yang berinovatif .Kita memberi maanfaat dan kebaikan kepada ummah.Bayangkan jika seorang Saintis islam berjaya menemui teori untuk menyembuhkan suatu penyakit atau seorang Occupational Therapist yang menciptakan satu kaedah untuk membantu Orang Kelainan Upaya berdikari.Alangkah banyak manfaat yang boleh diberi kepada orang lain.Itu juga jihad.
Kini,kita sudah pun menjejakkan kaki di medan ini.Ingin berpatah balik itu bukan tradisi pejuang unggul.Aturkan langkah dan lengkapkan diri dengan senjata (persediaan ilmu).Genggamlah erat- erat maklamat memburu redha ALLAH.Ayuh, melangkahlah dengan berani. Jangan menoleh lagi, majulah ke hadapan.Kepada rakan seperjuangan Jurusan Pemulihan Cara Kerja(Occupational Therapy), kita juga adalah mujahid dengan cara kita tersendiri.Niatlah kerana Allah. SEMOGA PERJUANGAN KITA DIBERKATI ALLAH.
Wallahua’lam.
Mohammad Nasrullah Bin Alias
18 OKTOBER 2014

Wednesday, 15 October 2014
Aku Bukan Musuh Harta
Aku bukan musuh harta. Aku hanya musuh pengkhianat Negara. Aku hanya musuh pengkhianat bangsa apatah lagi musuh pengkhianat agama.
Aku dilahirkan di tanah merdeka ini.Aku tinggal disini dengan manusia pelbagai bangsa dan agama. Di sinilah lahirnya sebuah cinta. Di sini aku menghadapi hidup di dunia ini. Di sinilah bumi dipijak dan di sinilah langit dijunjung.
Aku adalah rakyat marhain biasa. Orang mengundi aku pun mengundi.Aku hanya berbahas di kedai kopi sahaja tentang Negara bukan di parlimen yang gah itu. Aku hanya mampu bercakap bahasa Negeri Pasir Berdengung dengan loghatku bukan seperti mereka yang mampu berbahasa inggeris dengan slant mereka yang angkuh itu. Biasalah bahasa orang kaya kaya.
Aku sangat cinta pada negara disebabkabkan itu aku suka berbicara tentang negara walaupun aku ini umpama ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Itulah kehidupanku bukan seperti mereka gaji beribu ribu .Makan sedap. Cincin isteri pun berjuta juta.
Aku hanya mampu memberikan isteriku cincin suasa puluhan ringgit Pasir Berdengung. Tapi aku bersyukur, isteriku menghargainya.Isteri aku kurus dan ayu dan menyejukkan mata dan hatiku bukan seperti isteri mereka, tak sanggup aku nak bagitahu. ALLAH itu maha adil.
Aku mahu kaya seperti mereka. Aku mahu berjuta juta seperti mereka tapi dengan cara yang betul. Dengan tidak menganiaya orang lain. Dengan usaha sendiri. Aku mahu semua itu , manusia mana tidak mahu? Mung oyak katku, aku nok tengok?
Tapi tahap aku bukan macam mereka,mereka kaya raya, duit rakyat disebat, rasuah jadi amalan, kononnya membela rakyat. Pirrrahhh.
Aku rasa aku lebih mulia dari mereka walaupun kocek ku ada 10 ringgit.Never mind aku lebih mulia.
Dia si kaki pengampu kaki penjilat terus bersama menyokong mereka. Sanggup jadi lembu. Mereka tetap ingin jadi lembu walaupun harga barang naik, minyak naik walaupun harga kangkung turun. Peduli apa dia, asal dapat BROM.Kira okay lah tuuuu…
Mereka kata minyak tak naik. Kurang suksidi sahaja, hangpa ada otak ke tidak? Mereka kata tak suka minyak naik sila keluar dari Negara Pasir Berdengung. Menteri Pasola berkata minyak turun, tapi kita boleh ganti dengan membina 40 universiti. Kita bantu rakyat.Kata menteri Pasola itu.
Inilah politik negaraku tercinta Pasir Berdengung. Aku cinta akan negaraku kerana ini tanah airku tapi aku tak suka rasuah, tak suka kronism, tak suka bini menteri jadi menteri. Aku tak nak keluar dari negaraku kerana di sini lahirnya sebuah cinta.Tapi aku dihalau kerana itu. Sungguh hebat pemikiran Menteri Pasola.
Aku rakyat kadang kadang macam pokok getah.Time perlu, macam macam bagi. Segala vitamin bagi,Vitamin B , Vitamin N , Vitamin K, Vitamin O. Bila tak perlu, habis ditoreh diriku. Sungguh kejam.
Tapi itulah kami hadapi di negera Pasir Berdengung yang kami cintai ini.Negeri yang kaya raya tapi sayang seribu sayang pemerintahannya kurang berilmu.Tak sanggup aku kata bodoh. Kejam sangat.
Mereka kata ,Mengapa kita tidak kaya raya?Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja..Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?
Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta
Bukan kita tidak tahu Jalan, denai dan liku Agar harta ditemu dan disapu
Tapi semuanya cara palsu dan tipu..
Bukan kita tidak mahu,Tapi kita tidak mampu,Takut dan terkedu Mengenangkan Yang Maha Satu Yang Tiada BagiNya sekutu
Ya, telah kaya para pengkhianat,Dengan harta yang sarat,Tapi mereka lupa akhirat,Balasan yang berat,Dunia, jiwa bertukar menjadi keparat
Ya, telah kaya para pendusta,Syarat mereka ADALAH lupakan Yang Esa,
Harta rakyat, semua disebatHarta awam, semua dibekam .Mereka bertuhan hokum syaitoooon.
Aku pun ingin kaya,Ada harta, ada kereta yang istimewa,Ada rumah mewah yang melimpah,Ada hidangan yang bukan sebarangan,Ada duit yang bukan sedikit
Tapi, jalannya hendaklah suci dan bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,Di hujungnya ada harta,
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa
Dan Negara,
Apatah lagi pengkhianat agama..
CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. TIADA KAITAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MATI .WATAK MEREKA ADALAH ‘AKU’ ,’MEREKA ‘DAN ‘DIA ‘ SERTA BERLATARKAN NEGARA PASIR BERDENGUNG. SEANDAIAN ADA PERSAMAAN CERITA IA HANYA SEKADAR KEBETULAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN
PERHARGAAN UNTUK DR MAZA KERANA IDEA CERPEN INI BERDASARKAN LIRIK LAGU YANG DIKARANG OLEH BELIAU.
MOHAMMAD NASRULLAH BIN ALIAS
16OKTOBER
1.00 P.M

Aku Bukan Insan Yang Gagal
Bismillahirahmanirahim.
Biasalah, kali ini saya nak bermusahabah sedikit untuk dikongsikan kepada pembaca sekalian yang saya hargai lagi saya kasihi.Bahasa untuk kali ini lebih formal bagi meningkatkan kualiti dan martabat bahasa bangsaku.hehe.Setiap insan pasti ada ujiannya tersendiri. Dan ujiannya mengikut level tersendiri mengikut kemampuan sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286
“Allah tidak memberati (menguji) seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya”
“Sudahlah, jangan terlalu bersedih.Bukan rezeki kau.Kau dah usaha tapi Allah masih tidak bagi, bersabarlah, ini ujian untukmu sahabat,andainya kau bersabar Allah pasti bagi ganjaran untukmu’’ ,pujuk seorang sahabat terhadap rakannya yang gagal.
Benar, saat menghadapi kegagalan kata kata semangat sangat diperlukan.Kata kata motivasi dan penguat semangat amat diharapkan daripada orang sekeliling untuk bangkit semula. Ya, kadang kadang terpaksa meluahkannya kepada seseorang untuk mengharapkan kata kata semangat tidak kiralah melalui face to face atau melalui laman sosial sekalipun. Tapi biasalah, mulut mulut jahat ada dimana mana. Kata kata busuk sentiasa didengari.Dan amat menyakiti hanya Tuhan yang tahu. Saya berharap mereka ini membaiki dirinya kerana saya percaya kifarah itu ada .Tidak kena pada diri mereka akan kena pada keturunannya.Percaya atau tidak, sebenarnya orang yang gagal itulah yang memainkan peranan penting untuk bangkit kembali.Saya pasti yang pernah merasai akan membenarkan statement ini.
Sahabat sekalian,permulaan yang pertama untuk bangkit daripada kegagalan ialah bermuhasabah dan mengesan punca kegagalan.Ingat , bermuhasabah tidak bermakna kita perlu mencari kesalahan orang lain. Salahkan diri sendiri jauh lebih baik . Ingat kawan kawan, jangan sesekali menuding jari kepada orang lain atas kesilapan diri sendiri.Jika satu jari dituding kepada orang lain, empat lagi jari mengarah kepada diri sendiri. Peganglah analogi jari ini.
Koreksi sejauh manakah usaha yang kita lakukan dalam mengerjakan sesuatu atau mencapai maklamat. Berapalah lamakah kamu belajar setiap hari. Macam mana hubungan kita dengan Allah?. Berapa kalikah kita mengadu padaNya? Macam mana hubungan kita dengan manusia ? Macam mana adab adab kita menuntut ilmu? Adab adab dengan para lecture dan guru . Semua itu harus dijaga.
Hablu minna Allah wa hablu minna nas. Jagalah perkara itu.
Namun , muhasabah tidak semestinya pada kegagalan sahaja, bahkan ia perlu dalam setiap perkara dalam setiap aspek kehidupan kita.Kita bermuhasabah, berapa banyakkah dosa kita hari ini? Berapa banyakkah amalan kita hari ini? Yang mana di antara keduanya itu lebih tercenderung? Kenapa ada perkataan “ter”? Kerana manusia sentiasa meletakkan “ ter “ sebagai hujahnya dan sifat manusia yang sentiasa lupa.
Kejayaan yang kita perolehi sewajarnya sentiasa dinilai. Tanya pada diri,aku telah berjaya dan sejauh mana kejayaanku dimanfaatkan untuk orang lain? Sentiasalah tanya diri .
Sahabat yang dimuliakan,bersyukurlah kerana diuji kerana Allah sayang padamu.Lihat sahaja orang yang ALLAH beri kesenangan dan kekayaan dan orang yang diberi kepandaian dan kecerdikan dalam pelajaran. Allah menguji mereka dengan nikmat, tetapi mereka tidak ‘menikmati’ kurniaan Allah dengan cara yang benar. Berapa ramai orang kaya murah hati menginfakkan hartanya di jalan Allah.?Berapa ramai orang yang cemerlang atas kertas peperiksaan , namun hakikatnya tidak mengamalkan segala ilmu yang dipelajari.
Orang yang gagal seharusnya bersyukur kerana tidak diuji dengan nikmat dan kejayaan.Ketahuilah ALLAH MAHA MENGETAHUI atas yang berlaku pada HambaNya. Kejayaan itu memang hanya untuk orang terpilih dan kegagalan juga buat insan istimewa yang dipilih ALLAH agar ditingatkan iman dan takwanya. Biarpun kegagalan itu membuatkan kita gagal untuk menyambung pelajaran ke ijazah mahupun tidak mendapat tempat untuk kursus professional seperti perubatan, kejuruteraan dan sebagainya.Ketahuilah dan sedarlah kerjaya paling professional ialah apabila seorang Berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan dengan ketakwaan kepada Allah.Itulah kerjaya paling professional.
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“sungguh kagum urusan seorang yang beriman.Sesungguhnya urusannya baik.Dan hal ini itu tidak akan diperolehi kecuali orang orang yang mukmin. Apabila dia memperolehi kebaikan dia bersyukur.Maka hal itu merupakan kebaikan padanya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan, dia bersabar.Maka itu juga kebaikan untuknya”
Fahamilah, Allah menangguhkan kejayaan buat seseorang kerana Dia ingin menganugerahkan kejayaan yang lebih besar lagi buat hambaNYa yang sering bersabar dan tidak kenal putus asa.
Apa yang baik semuanya datang dari ALLAH dan yang buruknya dari saya penulis faqir ini.
Mudah mudahan ia memberi pengajaran kepada semua lebih-lebih lagi diri saya ini.
Wallahua”alam.
10.30 p.m
15 oktober 2014
Mohammad Nasrullah Alias

Monday, 13 October 2014
Ketum Cinta
Bismillahirahmanirahim,
Hampir berbulan bulan rasanya tak update blog,rasanya sudah tiba masanya untukku kembali menulis mencetuskan idea dan entahh.hehe
idea untuk meluahkan rasa dan melahirkan ideologi yang terpendam dalam lubuk sanubari dan perlu dikeluarkan (rasanya laaa).
Ketum? ketum? dan ketum? dan ketum cinta,comelkan namanya . Tak berminat buat nama anak ke?hehe
Untuk pengetahuan,mengikut definasi dan pemahaman saya yang hanya seorang pelajar OCCUPATIONAL THERAPY(bukan munsyi bahasa melayu), bukan definasi dari Kamus Dewan Edisi Keempat ya, ketum adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi pelbagai kalsiat jika betul caranya dan amat mudarat seandainya menyalahgunakannya , 'penyalahgunaan ketum'. Berisiko untuk menjadi 'mabuk ketum'.Berbahaya dan amat menakutkan.Cinta bagi saya sesuatu yang lahir dari hati dan diterjemah dengan perbuatan yang membuatkan diri rasa bahagia walaupun orang lain tidak.Itulah cinta bagi saya, yang membuatkan kentut berbau wangi walaupun hakikatnya sangat sangatlah busuk.
Berbalik topik asal, ketum cinta, kalau Ahmad Idham tahu ni mesti dia buat filem ni guna nama tajuk ni, mesti bangga gilerrr aku.
Alahai, lari tajuk lagi.
okay, yang ini serius.Cinta, semua pernah merasakan cinta kan ? Bahagiakan rasa? Bagaikan berterbangan di langit tinggi, bagaikan berenang di lautan api , bagaikan terbebas dari tahanan ISA dan seangkatan dengan nya. Melampau.
yaa, bagaikan disiram api pun ada. Mengikut level cinta masing masing.Ada yang bawa ke syurga , ada yang terjunam ke neraka gara gara Ketum..ops silap, Cinta

Apabila mabuk ketum, maka mengampulah lisan dan perbuatannya. Syaitan dibilang Nabi, Iblis dibilang Malaikat, pengkhianat dibilang pejuang, kangkung dibilang turun harga dan murah , dan 30
Jun dibilang 50 Jun dan sebagainya yang seumpama. Sori tiada unsur politik. HANYA SEKADAR CONTOH. HARAP MAKLUM.
Itulah ketum....
cinta oh cinta....
kenapa kau bersatu dengan ketum ?
Cinta itu indah janganlah dicampur adukkan dengan ketum yang memabukkan itu.
Ibn Athaillah dalam penulisannya banyak membicarakan tentang cinta.Untuk makluman ibn Athaillah adalah pengarang kitab AL HIKAM , sebuah kitab tasawuf. Ada masa kita sama sama mempelajarinya dengan guru yang mursyid.Insya ALLAH.
Apa kata Ibn Athaillah As Sakandari tentang cinta?
Perhatikan baik-baik ya perkataan Ibnu Athaillah, saya tuliskan langsung dari kitab aslinya. Beliau mengatakan: la yukhriju asy syahwata illa khaufun muz’ijun aw syauqun muqliqun! Artinya tidak ada yang bisa mengusir syahwat atau kecintaan pada kesenangnn duniawi selain rasa takut kepada Allah yang menggetarkan hati, atau rasa rindu kepada Allah yang membuat hati merana!
“Cuba resapi baik-baik kata-kata ulama besar dari Iskandaria ini. Kecintaanmu pada perempuan yang halal dikahwini itu syahwat. Hampir semua orang yang jatuh cinta itu merasakan apa yang orang bercinta rasakan. Dan perasaan seperti itu tidak akan bisa dikeluarkan, di usir dari hati kecuali jika kita memiliki dua hal.
“Pertama, rasa cinta kepada Allah yang luar biasa yang menggetarkan hati. Sehingga ketika yang ada di hati adalah Allah, yang lain dengan sendirinya menjadi kecil dan terusir. Kedua, rasa rindu kepada Allah yang dahsyat sampai hati kita merasa merana. Jika kita merasa merana karena rindu kepada Allah, kita tidak mungkin merana karena rindu pada yang lain. Jika kita sudah sibuk memikirkan Allah, kita tidak akan sibuk memikirkan yang lain.
cinta kepada Allah cinta yang yang Agung dan Hakiki, cinta ketum hanya merosakkan jiwa sahaja sebagaimana rosakkan manusia dengan ketum. Maaf terlampau serius. Hehe.

Bukan saya menghalang cinta berlawanan jantina.Tidak sama sekali. Itu adalah fitrah bagi manusia normal.Saya pun pernah jatuh cinta. Sentiasa jatuh cinta. Tapi jangan cemari cinta yang asalnya suci itu dengan noda. Noda! apa itu noda? Tepuk dada tanya iman. kawal lah dirimu. Jika mampu kahwinlah, jumpalah ibu ayah dan nenek serta kaum kerabat serta JKKK sekalipun.Jumpalah.Bukankah itu lebih mulia.? Dari mengelamun tahap kritikal. Dari berbual senda perkara lagha. Dari berangan perkara yang tak patut(faham sendiri, saya tak sampai hati nak mention).
KETUM !KETUM! KETUM! ada apa dengan ketum? Ketum memudharatkan dan ketum cinta lagi memudaratkan if you know what I mean
dengan izin.
sekian sahaja dari penulis faqir ini.
wallahuaklam,semua ini adalah teguran untukku dan dirimu.
ku akhiri penulisan yang tidak berformat ini dengan dua rangkap lirik dari lagu nasyid Kerana Cinta yang dipopularkan Mestica dan Inteam
Cinta yang sejati
Hanya cintakan Illahi
Cinta ayah bonda
Tulus suci selamanya
Cintakan saudara
Hanya sementara
Cinta sesama insan
Suburkan dengan ketakwaaan.
k bye.
gambar hiasan.

Tuesday, 16 September 2014
Pediatric Patient? Apa tu?
Bismillahirahmanirahim
macam biasa , dimulai dengan lafaz mulia basmalah.
hari ini nak cerita pasal sains dan kesihatan dan berkaitan dengan makhluk sekeliling tak kiralah manusia atau haiwan bahkan pokok sekali, semua itu adalah makhluk allah azza wa jala.
Hari ni nak kongsi ilmu berkaitan dengan penyakit yang dikurniakan ALLLAH kepada HAMBA HAMBANYA yang terpilih.Sesuai lah dengan bidang yang saya belajar agar dapat becambah pengetahuan saya apabila saya berkongsi ilmu ini
topiknya Pediatric Patient.
pediatric ni maksudnya kanak kanak....ok
1 CEREBRAL PALSY
ni lah pesakit cerebral palsy...atau kami sebut CP je...memang lah penyakit ini datang dari Allah tp allah bg otak dan akal untuk kita berfikir ..iklan,,
ia disebabkan ada bahagian otak yang rosak. rosak masa kandungan lagi, kawasan tu namanya cerebrum..area ni lah yang kawal movement dan posture badan kita, kalau rosak bahagian ni, susah untuk kita berjalan dan susah jugak untuk bercakap.
banyak lagi komplikasimya yang tidak tertulis disini..
ini ujian allah untuknya, kita sebagai yg tak da cacat cela WAJIB bersyukur.sekian untuk cerebral palsy.
Autism
ok autism.. pernah dengar tak? sutism ni puncanya tak dikenal pasti..saintis dah kaji tak jumpa jumpa.
tp ada saintis kata ini berkait dengan genetic atau enviroment.
autism ni macam hyperactive tapi bukan hyperactive.hyperactive lain.. tapi hampir hampir sama.
Autism ni effect social interaction peskit tu..susah nak bergaul..susah nak faham dan dengar arahan tapi aktif lain macam. Parent yang ada anak macam ni kena banyak2kan bersabar. Budak autism ni memang buas kalau ada benda tajam lebih baik elakkan benda tu dari pesakit autism. Lecture saya cakap kalau nak kenal budak tu autism atau tak , budak atau bayi tu tak akan pandang mata kita kalau kita main main dengan dia.. autism laa tuu. ok
Occupational Therapy mampu handle budak mcm ni.. insyaALLAH
Dyslexia
OK.. pasal dyslexia pulak..
dyslexia ini ialah berkaitan dengan learning disabity. 'ketidakupayaan pembelajaran'
puncanya genetic.
kalau tengokbudak 5 tahun tak reti mengeja, tak reti menulis, tulis A dan Y terbalik. itu masih normal.
Tapi kalau dah 12 tahun masih tulis E terbalik , masih tak reti membaca,, itulah dyslexia.
Bukan dia pinta itulah masalahnya. Percaya tak orang dyxlexia ni kreatif dan inovatif walaupun tak cerdik dalam akademik. Allah maha ADIL. Tapi dyslexia boleh dirawat, jumpalah dengan Occupational Therapist. Buat aktiviti dengan therapist. Parent mesti ambil peranan.
Untuk pengetahuan, Albert Estein adalah seorang Dyslexia. Hebatkan?.
kalau orang dyslexia ni didik dan dipupuk, memang akan menjadi manusia hebat yang BAKAL menggegar dunia.
DOWN SYNDROME
down syndrome familiar kan dengan kita semua. ni pun masalah genetic (genetic disorder) dia lebih cromosome 21
budak belajar biology tau lah.. x sempat nak explain kat sini. HEHE
Budak syndrome down ni kalau tengok sama je mukanya kan? lehernya pendek, kepalanya pun pendek, kakinya pun pendek.
wajahnya mongoloid( macam warga mongolia)
kan kan kan
kepada parent yang ada anak macam ni. Anak ini adalah anugerah.Ibubapa yang ada anak macam ni adalah dipilih ALLAH.
InsyaALLAH,syurgalah adalah tempat anak anak ini. INSYAALLAH akan tarik ibubapanya jugak.
kawan kawan yang sempurna sifat.
Bersyukurlah.
Walaupun muka tak lawa, badan tak slim, kulit tak cerah, hidung tak mancung.
Tapi pandanglah orang yang kelainan upaya ini jika nak dibandingkan dengan anda.
Alhamdulillah.

Monday, 15 September 2014
Bagi Ubat Pada Jiwa
Assalamualaikum adik abang,
Harap adik abang semua sihat sihat belaka dan ceria.Jangan ada yang berjiwa kosong pula.Kalau jiwa macam nak kosong,cepat cepat isikan dengan al Quran ,berzikir dan melakukan amal kebaikan yang lain.
Baik, untuk kali ini dengan sukarela dari hati yang penuh taman ini, abang ingin berkongsi sedikit tips yang mungkin boleh diterima pakai oleh adik abang.Kalau tak boleh diguna pakai pun tak apa, janji boleh disimpan pakai untuk diguna pakaikan untuk masa depan….hehee…Cuma abang harap jangan pakai buang sudah.
Seperti yang sedia maklum,maksud jiwa kosong ni ialah kemurungan.Tidak kiralah sama ada kemurungan disebabkan belajar sehingga blurr ataupun cinta yang tak berbalas macam pungguk rindukan bulan.sobs.Kasihan tahap kritikal.
Jadi, di sini dengan perasaan gembiranya abang nak bagi ubat pada jiwa yang kosong.Sekurang kurangnya apabila dia mengamalkannya dia akan rasa something dalam jiwanya.Bagi yang berjiwa tak berapa penuh pun amalkannya termasuk abang sendiri.
PERTAMA, Berusahalah untuk bertahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
KEDUA, meninggalkan ucapan yang tak perlu.InsyaAllah, akan diberikan hikmah
KETIGA,meninggalkan penglihatan yang tak perlu.InsyaAllah, akan dibersihkan hatinya.
KEEMPAT,meninggalkan makan yang berlebihan.Insya Allah, diberi nikmat dalam ibadah.
KELIMA, meninggalkan cinta kepada dunia.Yang ini susah kan? InsyaAllah, diberi cinta kepada Allah.
Erm, Abang Long rasa cukuplah dulu abang membebel dalam tulisan yang tak seberapa ini.Nanti tak pasal pasal jiwa abang pula jadi kosong.Siapa yang nak tanggung? Baik, akhir kata, jagalah solat 5 waktu kerana solat inilah tiang agama.Kalaulah betul solat kita, Insya Allah kita tidak akan teringin untuk melakukan dosa kepada Allah.
wassalam....terima kasih sudi membaca.

Sunday, 24 August 2014
sedar weyyyy
Assalamualaikum 😯
Tak jawab dosa,
Jawab sayang.
Hangpa nak tahu dak.
Betulkan kedudukan.
Duduk bersimpuh pula.
Buat gaya Mak Cik Kiah yang semangat nak bercerita.
Ada orang pesan, kalau kita target nak kahwin umur 25, 10 tahun sebelum tu dah kena fikir dah. Umur 15 tahun dah kena fikir. Bukan fikir nak menggatal dik, fikir preparation kita. Bak kata omputih, emotionally and physically. Masa ini untuk cari ilmu banyak-banyak dan bina diri.
La ni, nak habaq kat hangpa, uii, taraf hidup dah makin tinggi.
Betulkan selendang sat.
Sambung balik.
Ha, semua sibuk sangat nak kahwin.
Orang lain nak kahwin, kita pun nak kahwin.
Sedangkan Subuh pun baru ke mana-mana.
Cubalah pagi-pagi itu bangun awal.
Ini tidak, kroh kroh kroh sampai ke tengah hari.
Macam mana dengan gaya itu nak kahwin.
Solat pun tunggang terbalik lagi.
Macam itu ke nak jadi seorang bapa.
Macam itu ke nak jadi seorang ibu.
Kahwin ini bukan untuk tahu ada anak sahaja.
Sebab kahwin itu untuk didik anak juga.
Masa muda inilah nak cari ilmu banyak-banyak.
Ni cheq nak habaq mai ilmu tang mana yang kena cari.
Ilmu fardu ain, ilmu parenting, ilmu kesihatan, ilmu nak berhadapan dengan orang tua, ilmu nak layan dan didik budak-budak, ilmu tentang hukum-hakam, ilmu kewangan.
Tak pandai banyak takpa, asai diri tu sedaq diri nak belajaq.
Tak pandai semua pun takpa, asai ada rasa sedaq nak perbaiki diri.
Ni tidak.
Menangis sok sek sok sek siang malam.
Sebab awek minta putus kerana katanya kita tak capai taraf hensem Saif Ali Khan.
Yang kita ini. Termenung pagi petang tak ada hala tuju.
Sebab teringat dekat pakwe yang dah berkenan dekat orang Kedah sana.
Lepas tu duk update status sedih jiwang sebab putus.
Siap bawah tu #SaveGaza, #SavePalestin.
Patutnya hashtag sekali #SaveMyself.
Hangpa bising nak daulah Islamiyah.
Hangpa tau dak, dari unit-unit kecil macam institusi keluarga tu la permulaannya.
Yang mana permulaan, yang dari kecilnya adalah diri kita sendiri.
Kita kahwin, dapat anak, dan nak didik anak cara Islam.
Dah kalau kita pun jenis solat main selam aucak aucak, kalau Al-Quran pun semput nak baca.
Camno nak daulah Islamiyah nya gitu.
Hangpa nak boikot, hangpa try cuba test boikot aspek-aspek kejahiliyahan dalam diri tu dulu.
Baru betul nak boikot.
Orang Gaza, menangis dia pun, kat akhirat sana dah terjamin.
Kita ini yang entah macam mana nasibnya.
Kita ini yang harus banyak menangis lagi.
Sbb x taw ap nseb kita kt akhirat nuu...
Waktu bujang la ni la banyak benda nak kena siapkan.
Hangpa toksah duk sedih tak mai jodoh lagi aih.
Cuba duk buat perkara-perkara yang meriangkan hati sikit.
Yang duk sedih lagu tu watpa aih.
Bukan coklat Smarties turun sendiri dari langit pun.
La ni, time hangpa ada masa, nilah masa nak fikir kewangan.
Rancang kewangan macam mana. Buat simpanan sikit-sikit. Baru masa depan terjamin di kemudian hari. Pikiaq lagu mana nak tambah kewangan. Lagi-lagi kalau hangpa lelaki. Hangpa nak tau dak, mak ayah akan lepaskan anak dara mereka bila dah tengok lelaki tu mampu dan boleh dipercayai untuk jaga anak dara mereka. Itu realiti pasai kalau nak kahwin dengan modal cinta sahaja, mana cukup kan.
La ni, hangpa kena pandai urus emosi.
Hangpa tau macam mana nak kawal marah. Hangpa tau macam mana nak rasional dan tenang bila masalah bertimpa-timpa datang. Hangpa tau macam mana nak berdikari dan tak bergantung hidup pada orang lain.
La ni, hangpa kena pandai jaga akhlak.
Jaga pergaulan tu, jangan duk rapat-rapat pompuan dan laki. Hangpa nak berkawan tak salah tapi jagalah batasnya. Nanti jadi fitnah pula. Kalau hangpa lelaki, jangan nak main-mainkan perasaan anak dara orang. Kalau hangpa perempuan, jangan nak gedik-gedik mesej dan call lelaki tanpa hala tuju.
La ni, hangpa kena pikiaq masa depan.
Besaq-besaq hangpa nak jadi apa. Camna hangpa nak kembangkan minat hangpa. Biar nanti boleh beri faedah dan manfaat pada orang lain. Hangpa kena ingat, kita hidup bukan sorang-sorang. Alangkah indahnya kalau hidup kita ni penuh baktinya terhadap manusia. Apatah lagi mak ayah sendiri. Hangpa pikiaq macam mana nak realisasikan impian-impian dan cita-cita menggunung tu dulu. Biaq nanti bila jasad dah tak ada kat muka bumi ni, pahala baik kita tetap mengalir.
La ni, hangpa kena latih buat ibadat banyak-banyak.
Buat checklist. Dhuha, tahajjud, rawatib, puasa sunat, selawat istighfar, zikir, faham Al-Quran dan lain-lain hangpa tambah sendiri. Tak mampu semua, ambil satu pun takpa aih. Asalkan satu tu buat selalu dan istiqamah. Dah konsisten nanti, tambah satu ibadah lain pula. Nanti dah lepas kahwin, senang, konsistenkan apa yang dah dikonsisten. Ajak pasangan buat baik skali.
Tapi, tapi. Ni cheq nak pesan. Hangpa jangan buat benda ni untuk kahwin saja. Sebenaqnya kalau nak habaq, ni la perkara yang kita kena buat untuk hidup kat muka bumi ni. Barulah hidup kita bermakna.
Baru kita jadi manusia dan hamba.
Ni dak.
Jangan sampai buat kucing gelak.
Sebab katanya.
Kucing dan manusia sama sahaja.
Lebih baik jadi kucing.
Keje meow meow sikit dah dapat kepok lekor.
Senang.

Sollu 'alan Nabi

Saturday, 16 August 2014
SMK Dato Ahmad Maher, MRSM TUMPAT, Kolej MARA dan KINI
bismillahirahmanirahim.....
Tetibe je rasa rindu member member lama dan rakan seperjuangku pada masa muda muda dulu...
dah rasa tua sangat kot sekarang.
blog ni saya nak menceritakan sejarah...chewah..sejarah kot..sejarah pendidikan ku .dari menengah rendah sehingga saya masuk ke IPTA.
Menengah rendah saya dimulai dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Maher,kota Bharu.
SEKOLAH BESTARI DAN KLUSTER KECEMERLANGAN MALAYSIA..sekolah ini juga dikatakan sekolah elit dan agak demand.
kawan kawan di sini majoriti dari bandar dan gaya hidup mereka sangat berbeza dgn hidup saya yang berasal dari kampung ini.
Tapi saya tak lupa daratan. Jadilah diri yang sebenar dan sesuaikan dengan keadaan bak kata peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengembuuuu...hahaha
maher terus gemilang! bangga menjadi sebahagian dari Maherian
ok, masa upper form Form 4 dan FOrm 5, saya melanjutkan pelajaran saya ke MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUMPAT,Tumpat. sekolah yang sangat lawa dan kedudukannya di tepi pantai.Sungguh cantik!
Walaupun saya tahu Smk Dato Ahmad Maher sekolah yg terbaik tp saya sengaja meninggalkannya untuk mencari pengalaman dan kenalan yang baru di samping berada di bawah naungan MARA yang tercinta sesuai dengan sosio ekonomi keluarga saya.Pengalaman di sini antara memori terindah dalam hidup ini.
graduasi....
CLASSMATE
SETERUSNYA,saya melanjutkan pelajaran ke Kolej MARA Kulim,KEDAH untuk program MATRIKULASI SAINS
Di sini, kenanganku tidak terlalu banyak tapi di sni aku berjumpa manusi manusia yang sangat baik. Di sini jugak aku belajar erti usaha,erti sabar,erti sahabat dan pelbagai erti lagi.
Classmate saya di sini semuanya bukan perokok.Hebat kan?hehe
classmate...
kawan....
OK kini saya berada di UITM PUNCAK ALAM,SELANGOR dan melanjutkan pelajaran dalam bidang OCCUPATIONAL THERAPY.
Bidang yang sangat menarik .Bidang yang membantu manusia sekeliling.Bidang yang sangat diperlukan untuk masa sekarang kerana masih kurang lagi tenga pekerja dalam bidang ini.
alhamdulillah di sini juga dipertemukan dengan kawan kawan yang baik.
HAHA,
OK, penat dah menulis, setakat ini sahaja untuk slot ini
doakan saya untuk terus berjaya dan berbakti kepada ALLAH dan MANUSIA.
HABLU MINNA ALLAH WA HABLU MINNA NAS..

Tuesday, 5 August 2014
FATAMORGANA
Bismilahirahmanirahim,dimulai dengan lafaz mulia ini.Assalamualaikum kepada pembaca yang dikasihi sekalian.Mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat ALLAH hendaknya.Masa berlalu pergi,hari berganti hari, umur semakin berkurangan dan mati semakin mendekati.Bersediakah kita insan yang Mana sentiasa melakukan dosa dan silap ini? Bulan Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita,adakah kita boleh menjamin Ramadhan nanti kita akan bertemu kembali? Tepuk dada tanya iman, anda mampu memikirkannya dan mencari jawapannya .
” cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula
cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala
semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan”
Pernah dengar tak bait bait lirik yang menyentuh kalbu ini? Yaa…betul! Lirik nasyid “Kerana Cinta” yang didendangkan oleh kumpulan Mestica suatu masa dahulu. Tapi apa kaitan dengan Fatamorgana yang merupakan bakal tajuk utama dalam penulisan ini? Bukankah Fatamorgana dan Kerana Cinta adalah lagu yang berbeza? Ya, memang berbeza dan saya tak kata pun perkara itu ada perkaitan dan bukanlah niat saya ingin membincangkan topik itu pada lembaran ini. Kebetulan saya tengah mendengar lagu itu tatkala menulis penulisan yang tak seberapa ini dari seorang penulis amatur macam saya.Kebetulan! maklumlah untuk mendapat cetusan idea.hehehe.
Berbalik kepada topik yang sebenar.Apa itu fatamorgana? Fatamorgana adalah sesuatu yang semu, iaitu suatu bayangan yang tampak seperti ada tapi sebenarnya tidak ada. Sebagai Contoh adalah bila kita berjalan kaki ditengah terik matahari di jalan yang panas dan tak ada kenderaan, memandanglah ke arah yang jauh maka anda akan mendapati dikejauhan seakan akan ada percikan air. Sementara bila anda dekati air tersebut tidak ada, seakan akan menghilang dan hakikatnya memang tak ada. Ini sebenarnya adalah pantulan daripada langit yang dipantulkan udara panas. Udara panas ini berfungsi sebagai cermin.Bagi ilmu fizik sikit.
Begitulah hidup kita di muka bumi yang fana ini.Penuh dengan penipuan, penuh dengan kepalsuan, penuh dengan fatamorgana.Cinta, harta, wanita, pangkat,berapa ramai manusia dalam kalangan kitayang terleka dengan perkara itu?. Saudaraku, cinta itu fitrah dan jangan jadikan ia fitrah.Harta itu adalah wasilah untuk ke syurga dengan menginfaknya ke jalanNYA dan jangan jadikan ia sebagai sebab untuk ke Neraka.Wanita itu adalah pelengkap dan perlu dilindungi dan dibimbingi bukannya tempat melampiaskan hawa nafsu yang tercela.Pangkat dan kuasa yang sepatutnya digunakan ke arah jalan dakwah dan bukannya untuk dimegahkan dan menjadi sombong di muka bumi Allah ini.Sedarlah, semuanya adalah Allah yang punya dan Allah pinjamkan kepada kita. Tak ada apa kita kalau Allah tidak beri.Malulah kepada Allah.
Allah berkali-kali menegaskan di dalam Al-Quran bahwa dunia ini adalah kenikmatan yang bisa menipu. Siapa jatuh cinta pada dunia, ia akan tertipu olehnya. Oleh kerana itu, pilihan terbaik adalah mengurangi, dan kalau bisa sama sekali tidak tergiur pada kenikmatan dunia. Bukan bererti Allah melarang kita bersenang-senang selama hidup di dunia, namun yang penting adalah bagaimana kita tidak tertipu oleh kenikmatan semu dan sementara. Ingat, hidup ini fana, dan segala yang ada dan tercipta didunia ini pun fana adanya.
Sangat takut menjalani hidup. Seorang yang cinta dunia ibarat orang yang cinta kepada kekasihnya; ia takut kehilangan kekasihnya, ia takut kekasihnya direbut orang. Sama halnya dengan seorang yang cinta pada dunia. Hidupnya selalu takut dan dibayang-bayangi oleh kegelisahan. Punya wang takut habis, punyakereta takut dirompak, punya emas takut dicuri. Begitu seterusnya. Hidupnya selalu takut. Punya jawatan takut. Takut apa? Takut “jatuh” ke tangan orang lain.Tapi hakikatnya semua itu adalah fatamorgana! Fatamorgana!
Lalu, bagaimana caranya agar kita bisa hidup tenang dan bahagia? Mungkin kita perlu belajar dari “filosofi” tukang penjaga parkir. Cubalah amati dan perhatikan tukang penjaga parkir yang ada disekitar Anda. Meski ia “memiliki” banyak keretadi depannya, dia tidak pernah sombong. Walaupun berpuluh puluh kereta, dia tidak takabur. Bahkan, kereta kereta diambil sampai habis pun, dia tidak merasa sakit hati. Apa sebabnya? Sebab, semua yang dia “miliki” itu hanya fatamorgana belaka. Demikianlah gambaran tentang semua harta dan apa yang kita raih dan miliki selama hidup di dunia. Semuanya hanyalah titipan Allah yang Maha Kuasa. Kita tak pernah “memiliki” apa-apa; kita hanya diberi kesempatan untuk menjaga dan mendayagunakannya dengan sebaik-baiknya.
Kalau demikian adanya, mengapa kita mesti stress dan resah menjalani hidup? Penyebabnya, karena kita masih merasa memiliki apa yang ada ditangan kita. Padahal semua itu milik Allah semata. Bahkan, diri kita ini pun milik Allah, dan kelak akan kembali kepada-Nya. Hidup di dunia ini Cuma hampir minum saja. Tidak lebih! Oleh sebab itu, siapapun yang kaya, menjadi pejabat atau penguasa, janganlah sombong menaruh tangan dipinggang. Ingat, dunia hanya sementara, tak akan lama jadi orang kaya. Siapapun pasti akan mati juga!
Sikap yang terbaik adalah jangan panik melihat dunia! Semua yang ada didalamnya hanya milik Allah semata. Allah suka orang yang tawadhu, rendah hati, tidak sombong,. Oleh sebab itu, penulis menghimbau kepada para pejabat agar bersikap biasa-biasa saja, jangan sombong atau merasa lebih tinggi kerana yang membuat kalian mulia bukanlah harta kalian, bukan pangkat dan wang kalian, melainkan hati kalian sendiri. Dan, kerendahan hati adalah kunci sukses seorang pejabat atau penguasa yang ingin dihormati oleh bawahannya atau masyarakatnya.
Kepada saudara-saudaraku yang kebetulan hidup serba kekurangan dan tak berpunya, seyogianya tak perlu merasa rendah diri dan malu. Meski punya wang sedikit, tidak perlu malu kepada orang yang punya wang banyak. Meski Anda sekarang hanya punya basikal, tidak usah malu kepada mereka yang memiliki motor dan kereta. Semua urusan di dunia ini sudah diatur oleh Allah yang Maha segala.
Tapi, harus dingat Tuhan itu tidak akan mengubah diri kita kalau kita sendiri tidak ubah diri kita sendiri. Allah berfirman dalam surah Al Ra’d ayat 11
.... “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” .
Segala yang ada didunia ini tidak mungkin datang dengan sendirinya, semua melalui proses yang beraneka ragam, didasari doa, usaha, dan kesabaran. Kalau segala usaha sudah dicuba dan pengorbanan harta benda juga sudah dilakukan, janganlah putus harapan kalau kita tidak memperoleh apa yang kita inginkan. Yakinlah! Allah bersama orang-orang yang bertawakal dan tidak mudah berputus asa.
Akhir kalam, pilihlah jalan hidup kita dengan jalan yang selamat.Kerana hidup di di dunia ini adalah sementara sahaja.Akhiratlah tempat terakhir dan selamanya.Syurga atau Neraka.Letak dunia hanya di tangan dan akhirat di hati.Teringat nasyid yang dipopularkan Hijjaz dan Inteam,”Jangan Kita Lupa”. Nasyid lagi. Hehe..sorry…
‘’Hai manusia…
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa… pada godaan dunia
Hidup ini adalah kurniaan dari TuhanDan hidup ini janganlah dibuang percuma
Jalan yang sempit
Yang membawa kepada kehidupan
Jalan yang luas
Yang membawa kepada kehancuran
Ramai orang yang melalui jalan yang luas itu
Sedikit orang yang melalui jalan sempit itu’’
Hayatilah dan fahamilah lirik tu.Last but not least,jangan sangka saya yang menulis ini sempurna dan tak pernah melakukan dosa kerana saya menulis ini tapi saya telah belajar untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini.Sama sama kita istiqamah.Insya-ALLAH.
Wallahua’lam
5 OGOS 2014
9 SYAWAL 1435

Wednesday, 16 July 2014
muslimah...ALLAH cinta padamu :)
Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
Subhanallah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati
Oh muslimah
busanamu menutup rapi
auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
memandangmu menyejuk hati
menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Monday, 14 July 2014
MALAM LAILATUL QADAR
macam post post yang sebelumnya.....ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH.....mudah mudahan rahmat ALLAH sentiasa bepanjangan ke atas kita semua....INSYAALLAH ...kerana dengaN rahmat ALLAH....kita boleh masuk syurga yang cukup cukup indah ciptaan ALLAH yang dianugerahkan kepada hambaNYA yang taat....bukan kerana KITA solat 5 waktu kita masuk syurga...bukan juga kerana kita berpuasa untuk dapat syurga ALLAH....TAPI KERANA RAHMATNYA....TAPI UNTUK DAPAT RAHMATNYA....kenalah buat amalan tu....kena taat padaNYA.....tapi biasalah....kita sebagai hmbaNYA yg lemah dan hina....sering tewas dengan godaan syaitan...TAPI allah sentiasa membuka seluas seluasnya keampunanNYA....betapa ARRAHIM ALLAH mengatasi segalaNYA...
HARI INI MALAM 17 RAMADHAN...malam NUZUL ALQURAN.... bermaksud 3 hari lagi kita maksud fasa 10 hari terakhir ramadhan....rasa cepat tak?...rasa agaknya dah banyak amalan kita buat?....facebook dan baca alquran yang mana lagi banyak?....jawapan saya....FACEBOOK......teruk kan saya...ish5....jangan tiru....dah2.....sambung balik serius...
Dari Abu Hurairah r.a Nabi SAW bersabda : “Barangsiapa menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan iman dan mengharap ridho ALLAH SWT maka diampuni dosanya yang terdahulu, dan barangsiapa berpuasa Ramadhan dalam Iman dan mengharap ridho ALLAH SWT maka akan diampuni dosanya yang telah lalu.”
(HR Bukhari, VI/468, hadits no. 1768)
ini hadis sahih ...allah bagi offer kpd kita ....tak nak ke kita hapuskan dosa kita yang banyak bagaikan perpasir di pantai tuuu?....sombong gilerrrr.....bila malam lailatu qadar tu?...saya pun tak tau.....yang pasti pada malam bulan ramadhan......mungkin malam ni...tp Nabi kita S.A.W bagi petunjuk kepada kita.......jap ya....ada dalil nya....
Daripada Aishah r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada malam ganjil pada sepuluh malam terakhir Ramadhan.” (Riwayat Bukhari)
oleh itu tingkatkan amalan pada malam malam terakhir ramadan......dan sentiasa istiqamah.....bukan malam ganjil sahaja...kita pun tak tau...sebab ini adalah RAHSIA ALLAH untuk menguji ketakwaan dan istiqamah hambaNYA..
Rasulullah SAW. bersabda: “Sesiapa yang kehilangan malam itu, sesungguhnya dia telah kehilangan semua kebaikan. Dan tidak akan kehilangan semua perkara itu kecuali orang yang telah diharamkan (tidak mendapat petunjuk) daripada Allah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
DOA MALAM LAILATUL QADAR

sentiasalah istighfar.....

MUDAH MUDAHAN KITA BERJUMPA DENGAN MALAM LAILATUL QADAR MALAM YANG LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN.
WALLAHUA'LAM
-HAMBA DHAIF

Sunday, 13 July 2014
Cinta ?
dimulai dengan lafaz mulia........bismillahirahmanirahimmmm......
dalam menghayati malam malam berlalu.......tatkala teringat kisah kisah cinta.....ku ambil kesempatan ini untuk meluahkan rasa.......yang terpahat dalam hati yang dalam sedalamnya.....waaaa....hahhaha..
malam ni keseorang lagi dalam bilk.....seram tu normal lah...tp kuatkan diri.....kerana kita adalah sebaik baik kejadian....sebagaimana firman ALLAH dalam surah al tin AYAT 4...sesungguhnya penciptaaan manusia sebaik baik kejadian.....
berbalik kepada cerita asal......cinta?...apa itu cinta.....definasi dari saya......cinta adalah sesuatu yang menyeronokkan yang hadir dalam hati kurniaan SANG PENCIPTA hasil rembesan hormon dalam tubuh ......itu definasi saya....
CINTA......semua insan dianugerahkan cinta......dan level atau maruah maruah cinta seseorang itu bebeza nilainya.....dan cinta yang agung adalah cinta kepada ALLAH mengatasi segalanya........ya....kita boleh cakap kita cinta ALLAH ....TAPI mana buktinya....
cinta berlainan jantina.....ini dialami semua manusia yang normal....ini adalah fitrah....tapi jangan jadi fitnah.....
saya pun kerap melalui fasa ini.....sejak dari sekolah rendah.....seterusnya ke menengah rendah......disusuli dengan menengah atas.......dan terus berterusan.....ini fitrah....saya jatuh cintaa ramai sangat....tp malangnya cinta saya sentiasa ditolak.....huhuhuhu..kisah sedih....
para pembaca sekalian.....kawal lah cintamu sebaik baiknya.....jangan dicemari nafsu durjana....kalau dah rasa layak ..kahwinlah...bincang lah dengan keluarga......kalau tak mampu lagi......berpuasa lah....nabi ajar kita untuk berpuasa.....tapi ramai yang tak ikut...termasuk saya....kita sibuk nak nikah masa belajar.........kalau mak bapak kau kaya boleh lah......tp kalau mak bapak pun susah....kau pun susah....makan pun dgn ptptn....janganlah mengada....memang allah yang beri rezeki......tp allah juga beri kita akal.....gunalah akal yang waras......belajar bersungguh sungguh......kerja bagus bagus....berpijaklah pada bumi yang nyata......bersyukurlah......
teringat firman ALLAH
قال الله تعالى :
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لأَزِيدَنَّكُمْ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ(7)
8)وَقَالَ مُوسَى إِن تَكْفُرُواْ أَنتُمْ وَمَن فِي الأَرْضِ جَمِيعاً فَإِنَّ اللّهَ لَغَنِيٌّ حَمِيدٌ(
7)Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan. “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (ni’mat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (ni’mat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
(8) Dan Musa berkata: “Jika kamu dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya mengingkari (ni’mat Allah) maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji”.
(QS: Ibrahim:7-8)
HATI HATI MENJAGA HATI.....ANDAINYA RAPUH.....KEMBALILAH KEPADA TUHAN.....brdoalah....agar dikurniakan pasangan yang baik....dan dipermudahkan segala urusan
“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah
kepada kami isteri-isteri(pasangan) dan
keturunan kami sebagai penyenang hati
(Kami), dan jadikanlah kami imam bagi
orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-
furqan: 74)

Subscribe to:
Posts (Atom)