Wednesday, 15 October 2014

Aku Bukan Insan Yang Gagal

Bismillahirahmanirahim.
Biasalah, kali ini saya nak bermusahabah sedikit untuk dikongsikan kepada pembaca sekalian yang saya hargai lagi saya kasihi.Bahasa untuk kali ini lebih formal bagi meningkatkan kualiti dan martabat bahasa bangsaku.hehe.Setiap insan pasti ada ujiannya tersendiri. Dan ujiannya mengikut level tersendiri mengikut kemampuan sebagaimana Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286
“Allah tidak memberati (menguji) seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya”

“Sudahlah, jangan terlalu bersedih.Bukan rezeki kau.Kau dah usaha tapi Allah masih tidak bagi, bersabarlah, ini ujian untukmu sahabat,andainya kau bersabar Allah pasti bagi ganjaran untukmu’’ ,pujuk seorang sahabat terhadap rakannya yang gagal.
Benar, saat menghadapi kegagalan kata kata semangat sangat diperlukan.Kata kata motivasi dan penguat semangat amat diharapkan daripada orang sekeliling untuk bangkit semula. Ya, kadang kadang terpaksa meluahkannya kepada seseorang untuk mengharapkan kata kata semangat tidak kiralah melalui face to face atau melalui laman sosial sekalipun. Tapi biasalah, mulut mulut jahat ada dimana mana. Kata kata busuk sentiasa didengari.Dan amat menyakiti hanya Tuhan yang tahu. Saya berharap mereka ini membaiki dirinya kerana saya percaya kifarah itu ada .Tidak kena pada diri mereka akan kena pada keturunannya.Percaya atau tidak, sebenarnya orang yang gagal itulah yang memainkan peranan penting untuk bangkit kembali.Saya pasti yang pernah merasai akan membenarkan statement ini.

Sahabat sekalian,permulaan yang pertama untuk bangkit daripada kegagalan ialah bermuhasabah dan mengesan punca kegagalan.Ingat , bermuhasabah tidak bermakna kita perlu mencari kesalahan orang lain. Salahkan diri sendiri jauh lebih baik . Ingat kawan kawan, jangan sesekali menuding jari kepada orang lain atas kesilapan diri sendiri.Jika satu jari dituding kepada orang lain, empat lagi jari mengarah kepada diri sendiri. Peganglah analogi jari ini.
Koreksi sejauh manakah usaha yang kita lakukan dalam mengerjakan sesuatu atau mencapai maklamat. Berapalah lamakah kamu belajar setiap hari. Macam mana hubungan kita dengan Allah?. Berapa kalikah kita mengadu padaNya? Macam mana hubungan kita dengan manusia ? Macam mana adab adab kita menuntut ilmu? Adab adab dengan para lecture dan guru . Semua itu harus dijaga.
Hablu minna Allah wa hablu minna nas. Jagalah perkara itu.

Namun , muhasabah tidak semestinya pada kegagalan sahaja, bahkan ia perlu dalam setiap perkara dalam setiap aspek kehidupan kita.Kita bermuhasabah, berapa banyakkah dosa kita hari ini? Berapa banyakkah amalan kita hari ini? Yang mana di antara keduanya itu lebih tercenderung? Kenapa ada perkataan “ter”? Kerana manusia sentiasa meletakkan “ ter “ sebagai hujahnya dan sifat manusia yang sentiasa lupa.
Kejayaan yang kita perolehi sewajarnya sentiasa dinilai. Tanya pada diri,aku telah berjaya dan sejauh mana kejayaanku dimanfaatkan untuk orang lain? Sentiasalah tanya diri .
Sahabat yang dimuliakan,bersyukurlah kerana diuji kerana Allah sayang padamu.Lihat sahaja orang yang ALLAH beri kesenangan dan kekayaan dan orang yang diberi kepandaian dan kecerdikan dalam pelajaran. Allah menguji mereka dengan nikmat, tetapi mereka tidak ‘menikmati’ kurniaan Allah dengan cara yang benar. Berapa ramai orang kaya murah hati menginfakkan hartanya di jalan Allah.?Berapa ramai orang yang cemerlang atas kertas peperiksaan , namun hakikatnya tidak mengamalkan segala ilmu yang dipelajari.
Orang yang gagal seharusnya bersyukur kerana tidak diuji dengan nikmat dan kejayaan.Ketahuilah ALLAH MAHA MENGETAHUI atas yang berlaku pada HambaNya. Kejayaan itu memang hanya untuk orang terpilih dan kegagalan juga buat insan istimewa yang dipilih ALLAH agar ditingatkan iman dan takwanya. Biarpun kegagalan itu membuatkan kita gagal untuk menyambung pelajaran ke ijazah mahupun tidak mendapat tempat untuk kursus professional seperti perubatan, kejuruteraan dan sebagainya.Ketahuilah dan sedarlah kerjaya paling professional ialah apabila seorang Berjaya dalam apa jua perkara yang dilakukan dengan ketakwaan kepada Allah.Itulah kerjaya paling professional.
Dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:
“sungguh kagum urusan seorang yang beriman.Sesungguhnya urusannya baik.Dan hal ini itu tidak akan diperolehi kecuali orang orang yang mukmin. Apabila dia memperolehi kebaikan dia bersyukur.Maka hal itu merupakan kebaikan padanya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan, dia bersabar.Maka itu juga kebaikan untuknya”
Fahamilah, Allah menangguhkan kejayaan buat seseorang kerana Dia ingin menganugerahkan kejayaan yang lebih besar lagi buat hambaNYa yang sering bersabar dan tidak kenal putus asa.
Apa yang baik semuanya datang dari ALLAH dan yang buruknya dari saya penulis faqir ini.
Mudah mudahan ia memberi pengajaran kepada semua lebih-lebih lagi diri saya ini.

Wallahua”alam.




10.30 p.m
15 oktober 2014
Mohammad Nasrullah Alias

1 comment:

  1. oh..kira nak berjaya nie bukan stakat pegang ijazah jew...tpi ketakwaan juga.orgkg pun boleh berjaya jugakla even x boleh nk masuk u ...x jadi engineer,x jd doctor..asal mereka bertakwa kpd Allah kira berjaya dlm erti sebenarkan....

    ReplyDelete