Azam terus berjalan tanpa mengetahui dimana destinasinya.Tidak tahu kemana hendak ditujunya.Di saat orang lain dan rakan -rakan seperjuangannya berpusu-pusu ke arah yang sama , Azam tetap berulang-alik seperti seorang suami yang menunggu isteri hendak bersalin seperti yang digambarkan dalam drama dan filem Melayu.
Satu persatu rakan-rakannya keluar dari pintu besar dewan dengan riak wajah yang menyenangkan dengan slip peperiksaan setia di tangan mereka. Ada seorang dari mereka terlalu excited sehingga menayangkan slip peperiksaan kepada Azam yang hanya mampu memerhati dari jauh di sudut satu tempat yang berhampiran dengan dewan.Azam kurang mengenali siapa gerangan lelaki itu.
‘’Patutlah makhluk tu tayang kat aku, dapat Four Flat rupanya. Tapi apa motifnya dia tunjuk sama aku, aku tidak kenal dirinya. Mungkin terlalu excited. Untunglah” Bisik hati Azam.
Azam masih lagi tiada keberanian untuk menghadapi suatu realiti dan kepastian yang bakal dihadapi olehnya. Azam mengintai dari satu sudut dewan tersebut, dia mendapati masih ramai yang beratur untuk mengambil result masing masing.
‘Allahuakbar Allahuakbar! Allahuakbar Allahuakbar!’
Kedengaran bunyi azan di surau yang berdekatan dengan Dewan keramat itu.
‘’Dah zohor dah, rasanya perlu untuk aku menunaikan kewajipanku sebagai seorang Muslim , selepas sembahyang aku nak baca al Quran, biar tenang jiwaku” Hati Azam bermonolog.
Solat Zohor sudah ditunaikan, surah Al Insan yang dijadikan amalan Azam hampIr setiap hari telah dibaca secara penuh. Azam melangkah kakinya menuju tempat pengambilan result itu. Azam merasakan sedikit kekuatan berbanding sebelum itu. Azam terus melangkah dan melangkah. Istighfar terus dibibirnya tanpa henti sepertimana orang lain yang kelihatan sentiasa berzikir. Yang pegang rantaian tasbih pun ada.Inilah amalan orang Islam yang sepatutnya. Tapi bukan hanya di saat genting sahaja tapi hendaklah sentiasa di hati selagi nafas disedut dan nadi sentiasa berdenyut.
“Mana IC? Kad Matrik?” Tanya staf MARA itu pada Azam.
Azam sangatlah kelam kabut di saat itu. Azam yang dikenali dengan sifat kelam kabutnya itu terus mengambil satu kad dari koceknya itu.Terus diberi kepada staf tanpa diperiksa terlebih dahulu.
‘ Adik, ini kad ATM adik. Saya tak nak kad ATM adik. Gaji saya dah masuk semalam. Saya nak Kad Matrik adik. Adik ada kad Matrik? ‘ Respon staf itu dengan muka serius.
‘‘Maaf banyak banyak encik, nah ini kad matrik saya.’’ Jawab Azam
Sebenarnya,kad matrik Azam yang diberikan itu sudah tergantung siap di dadanya bukan di dalam kocek.Itulah tabiat Azam yang sukar dirawat.
Staf itu memberikan Azam segulung slip peperiksaan.
Azam memerhati result itu dengan senyuman untuk memberi kekuatan pada dirinya.
“Innalillah.Allahuakbar. Ya Allah” perkataan yang keluar dari mulut Azam dengan nada yang terketar-ketar .
‘’0.01 lagi ya Allllllllaaaaaaaaaah” keluh Azam panjang.
‘’Ini ujian atau bala untukku?’’ bisik hati Azam seakan -akan mempersoal Tuhannya.
Hari itu hari paling malang dalam hidupnya sebagai seorang pelajar. Azam tidak pernah gagal dalam akademik sepanjang hidupnya. Azam mendapat pointer 1.99. Syarat Program Matrikulasi Satu Tahun adalah pelajar mestilah mendapat sekurang-kurangnya 2.OO. Seandainya tidak dapat, terpaksalah di reject dari program itu. Terpaksalah berpisahlah Azam dengan guru guru dan rakan rakannya. Azam terpaksa meninggalkan gadis yang disukainya. Nama gadis itu Nazatul .Nazatul pelajar cemerlang dan merupakan antara pelajar paling cemerlang di Pusat Matrikulasi itu.Jika dibandingan dengan Azam dari segi akademik. Bagaikan langit dan bumi. Tapi itulah gadis impian Azam.Tetapi yang paling menyedihkan, Azam terpaksa menghampakan perasaan orang tuanya dan memikirkan apa reaksi orang kampung terhadap Azam yang dikenali sebagai seorang pelajar pintar yang berlatarkan pendidikan Maktab Rendah Sains Mara. Apakah layak seorang pelajar MRSM direject dari program Matrikulasi? Itulah yang selalu difikirkan Azam.Sebenarny semua sekolah sama,kalau rajin berjayalah pelajar itu, kalau malas jadilah seperti Azam tetapi mentaliti masyarakat kita yang memandang sekolah itu untuk dijadikan sandaran pelajar itu bijak atau sebaliknya.
Azam termenung sendiri.Di saat inilah Azam memerlukan kata -kata semangat dari orang sekeliling. Azam berfikir macam mana untuk menghadapi hari hari seterusnya. Macam mana reaksi orang tuanya? Apakah ada lagi peluang untuknya?
“Azam, banyakkan bersabar Azam, Allah mengujimu. Aku tau kau telah berusaha bersungguh- sungguh melebihi aku. Tapi kau tak ada rezeki. Aku faham perasaan kau” kata- kata Amar yang merupakan rakan yang paling rapat dengan Azam. Amar sedaya upaya menenangkan hati kawannya itu.
“ Amar,aku tak boleh terima ini amar, aku dapat 1.99 Mar. 0.01 lagi untuk aku pass. Kalaulah aku dapat lagi rendah dari ini tidaklah aku terasa macam ni. Aku bakal direject mar. Aku bakal balik kampung Mar.”
Azam meluahkan apa yang terbenak di hatinya.Mengalir air mata lelaki Azam.
“Ya Allah, lemahnya diriku .Ujian macam ni pun aku tak mampu nak hadapi” Azam bermonolog di hadapan Amar yang setia di sisi.
“Azam, dengarkanlah apa yang aku sampaikan padamu yang mana kau pernah sampaikan padaku.Allah mengujimu sesuai dengan kemampuan mu.Lupakah kau dengan firman ALLAH yang pernah kau update pada status mu di Facebook.? Aku terbacanya dan aku ingat apa yang kau tulis.”
”Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan mengikut kemampuannya , surah AL baqarah ayat 286. Betulkah Azam? Aku tau engkau lebih tau dari diriku" Amar meneruskan bicaranya.
“Aku masih ingat apa yang kau katakan padaku di saat aku ditimpa musibah ., kadang kadang Allah bagi guruh , Allah bagi hujan yang lebat,kita mengeluh mengapa Allah bagi semua ini tetapi rupa-rupanya Allah ingin menghadiahkan Pelangi yang indah. Masihkah kau ingat kata- kata mu itu wahai Azam”
“Azam , kalau kau mengaku kau beriman .Kau mesti mengamalkan apa yang bakal aku bacakan nanti.” Kata Amar .
Amar terus bangun dan mengambil satu buku di atas rak mejanya. Amar membelek- belek buku untuk mencari halaman yang hendak dibacakan.
‘’Azam. Dengarkanlah apa yang aku ingin katakan padamu dari sabda Rasulullah s.a.w . Dengarlah baik baik wahai Azam sahabat dunia dan akhiratku.
“Rasulullah S.A.W bersabda :sungguh kagum urusan seorang yang beriman.Sesungguhnya urusannya baik.Dan hal ini itu tidak akan diperolehi kecuali orang orang yang mukmin. Apabila dia memperolehi kebaikan dia bersyukur.Maka hal itu merupakan kebaikan padanya. Dan apabila dia ditimpa kesusahan, dia bersabar.Maka itu juga kebaikan untuknya”
“Fahamkah Azam apa yang aku cuba sampaikan padamu?” Amar mengakhiri tazkirah yang menyentuh hati Azam itu.
“Terima Kasih Amar. Terima kasih kerana ada di sisiku saat aku memerlukan seseorang .Kaulah sahabat dunia dan akhiratku. Doakan aku Berjaya mencari haluanku.”
Azam menitis air mata. Amar turut sebak tapi masih mampu mengawal air matanya keluar.
Mereka berpelukkan sesama mereka. Rakan- rakan sedorm yang hanya sekadar silent observer turut mengelilingi mereka berdua. Mereka turut memberikan kata- kata semangat kepada Azam. Ini lah malam yang syahdu bagi Azam dan ini juga malam terakhir di Pusat Matrikulasi itu.
“Kawanku sekalian, aku masih mencari halatuju selepas aku meninggalkan tempat ini . Aku mohon kepadamu semua untuk mendoakan kebaikan untukku.” Pinta Azam kepada rakan -rakanya yang ada bersamanya.
“Aku doakan yang terbaik untukmu.” Jawab Qayum, salah seorang dari mereka.
Azam tekad dalam hatinya untuk meneebus balik apa yang berlaku. Azam bermuhasabah mana silapnya.
“Mungkin peristiwa ini teguran dari Allah untuk aku bermuhasabah diri. Untuk aku bermunajat padaNya. Untuk aku merintih padaNya. Sudah lama aku tidak mengadu padaNya .Ya Allah, berilah peluang kedua untukku.” Bisik hati Azam.
********
4 tahun sudah berlalu.Azam bakal melalui detik bahagianya dalam perjuangan akademiknya. Azam bakal menerima Anugerah Naib Canselor yang dianugerahkan oleh pihak Universiti kepadanya atas kejayaannya yang cemerlang.Azam telah belajar kursus yang diminatinya iaitu Diploma Pemulihan Carakerja dan memperoleh kecemerlangan. Pengalaman di Matrikulasi dijadikan semangat untuknya bangkit semula. Betul lah kata orang, orang yang berjaya biasanya mengalami kegagalan sebelum itu. Contohnya adalah Azam.
Gadis yang diminati Azam, Nazatul juga ditakdirkan belajar di tempat yang sama bersama Azam iaitu Universiti Teknologi Mara kampus Puncak Angkasa. Nazatul melanjutkan pelajaran dalam ijazah sarjana muda Optometri setelah berjaya menamatkan matrikulasi dengan cemerlang. Itulah takdir antara mereka berdua. Bezanya Nazatul berada di tahap ijazah manakala Azam hanya di tahap diploma .
Azam juga melamar Nazatul untuk menjadi teman hidupnya yang diikat melalui pertunangan. Azam sudah mengenali keluarga Nazatul dan begitulah sebaliknya.Namun ,Nazatul masih lagi mempunyai masa setahun untuk menamatkan pengajiannya sedangkan Azam telah tamat dan hanya menunggu hari graduasinya.Tapi itu tidak menghalang mereka berdua. Azam sanggup menunggu di samping memperkukuhkan ekonomi sebelum mendirikan sebuah masjid.
“Kalaulah bukan kerana 0.01, dimanakah aku agaknya? Bolehkah aku untuk mencapai kecemerlangan ini? Adakah aku diberikan peluang untuk dipertemu dengan bakal isteriku ini?. Terima kasih 0.01 dan terima kasih Allah kerana menciptakan takdir yang cukup indah untukku” kata -kata Azam pada statusnya di Facebook saat Hari Graduasinya.
*****
PERHATIAN: KISAH INI HANYA REKAAN SEMATA MATA .TIADA KAITAN YANG MASIH HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. SEANDAINYA ADA PERSAMAAN CERITA, ANGGAP ITU SATU KEBETULAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN.
.jpg)
No comments:
Post a Comment