Sunday, 24 August 2014

sedar weyyyy

Assalamualaikum 😯
Tak jawab dosa,
Jawab sayang.

Hangpa nak tahu dak.
Betulkan kedudukan.
Duduk bersimpuh pula.
Buat gaya Mak Cik Kiah yang semangat nak bercerita.

Ada orang pesan, kalau kita target nak kahwin umur 25, 10 tahun sebelum tu dah kena fikir dah. Umur 15 tahun dah kena fikir. Bukan fikir nak menggatal dik, fikir preparation kita. Bak kata omputih, emotionally and physically. Masa ini untuk cari ilmu banyak-banyak dan bina diri.

La ni, nak habaq kat hangpa, uii, taraf hidup dah makin tinggi.
Betulkan selendang sat.
Sambung balik.
Ha, semua sibuk sangat nak kahwin.
Orang lain nak kahwin, kita pun nak kahwin.
Sedangkan Subuh pun baru ke mana-mana.

Cubalah pagi-pagi itu bangun awal.
Ini tidak, kroh kroh kroh sampai ke tengah hari.
Macam mana dengan gaya itu nak kahwin.

Solat pun tunggang terbalik lagi.
Macam itu ke nak jadi seorang bapa.
Macam itu ke nak jadi seorang ibu.
Kahwin ini bukan untuk tahu ada anak sahaja.
Sebab kahwin itu untuk didik anak juga.

Masa muda inilah nak cari ilmu banyak-banyak.
Ni cheq nak habaq mai ilmu tang mana yang kena cari.
Ilmu fardu ain, ilmu parenting, ilmu kesihatan, ilmu nak berhadapan dengan orang tua, ilmu nak layan dan didik budak-budak, ilmu tentang hukum-hakam, ilmu kewangan.
Tak pandai banyak takpa, asai diri tu sedaq diri nak belajaq.
Tak pandai semua pun takpa, asai ada rasa sedaq nak perbaiki diri.

Ni tidak.
Menangis sok sek sok sek siang malam.
Sebab awek minta putus kerana katanya kita tak capai taraf hensem Saif Ali Khan.

Yang kita ini. Termenung pagi petang tak ada hala tuju.
Sebab teringat dekat pakwe yang dah berkenan dekat orang Kedah sana.
Lepas tu duk update status sedih jiwang sebab putus.
Siap bawah tu #SaveGaza, #SavePalestin.
Patutnya hashtag sekali #SaveMyself.

Hangpa bising nak daulah Islamiyah.
Hangpa tau dak, dari unit-unit kecil macam institusi keluarga tu la permulaannya.
Yang mana permulaan, yang dari kecilnya adalah diri kita sendiri.
Kita kahwin, dapat anak, dan nak didik anak cara Islam.

Dah kalau kita pun jenis solat main selam aucak aucak, kalau Al-Quran pun semput nak baca.
Camno nak daulah Islamiyah nya gitu.
Hangpa nak boikot, hangpa try cuba test boikot aspek-aspek kejahiliyahan dalam diri tu dulu.
Baru betul nak boikot.

Orang Gaza, menangis dia pun, kat akhirat sana dah terjamin.
Kita ini yang entah macam mana nasibnya.
Kita ini yang harus banyak menangis lagi.
Sbb x taw ap nseb kita kt akhirat nuu...

Waktu bujang la ni la banyak benda nak kena siapkan.
Hangpa toksah duk sedih tak mai jodoh lagi aih.
Cuba duk buat perkara-perkara yang meriangkan hati sikit.
Yang duk sedih lagu tu watpa aih.
Bukan coklat Smarties turun sendiri dari langit pun.

La ni, time hangpa ada masa, nilah masa nak fikir kewangan.
Rancang kewangan macam mana. Buat simpanan sikit-sikit. Baru masa depan terjamin di kemudian hari. Pikiaq lagu mana nak tambah kewangan. Lagi-lagi kalau hangpa lelaki. Hangpa nak tau dak, mak ayah akan lepaskan anak dara mereka bila dah tengok lelaki tu mampu dan boleh dipercayai untuk jaga anak dara mereka. Itu realiti pasai kalau nak kahwin dengan modal cinta sahaja, mana cukup kan.

La ni, hangpa kena pandai urus emosi.
Hangpa tau macam mana nak kawal marah. Hangpa tau macam mana nak rasional dan tenang bila masalah bertimpa-timpa datang. Hangpa tau macam mana nak berdikari dan tak bergantung hidup pada orang lain.

La ni, hangpa kena pandai jaga akhlak.
Jaga pergaulan tu, jangan duk rapat-rapat pompuan dan laki. Hangpa nak berkawan tak salah tapi jagalah batasnya. Nanti jadi fitnah pula. Kalau hangpa lelaki, jangan nak main-mainkan perasaan anak dara orang. Kalau hangpa perempuan, jangan nak gedik-gedik mesej dan call lelaki tanpa hala tuju.

La ni, hangpa kena pikiaq masa depan.
Besaq-besaq hangpa nak jadi apa. Camna hangpa nak kembangkan minat hangpa. Biar nanti boleh beri faedah dan manfaat pada orang lain. Hangpa kena ingat, kita hidup bukan sorang-sorang. Alangkah indahnya kalau hidup kita ni penuh baktinya terhadap manusia. Apatah lagi mak ayah sendiri. Hangpa pikiaq macam mana nak realisasikan impian-impian dan cita-cita menggunung tu dulu. Biaq nanti bila jasad dah tak ada kat muka bumi ni, pahala baik kita tetap mengalir.

La ni, hangpa kena latih buat ibadat banyak-banyak.
Buat checklist. Dhuha, tahajjud, rawatib, puasa sunat, selawat istighfar, zikir, faham Al-Quran dan lain-lain hangpa tambah sendiri. Tak mampu semua, ambil satu pun takpa aih. Asalkan satu tu buat selalu dan istiqamah. Dah konsisten nanti, tambah satu ibadah lain pula. Nanti dah lepas kahwin, senang, konsistenkan apa yang dah dikonsisten. Ajak pasangan buat baik skali.

Tapi, tapi. Ni cheq nak pesan. Hangpa jangan buat benda ni untuk kahwin saja. Sebenaqnya kalau nak habaq, ni la perkara yang kita kena buat untuk hidup kat muka bumi ni. Barulah hidup kita bermakna.

Baru kita jadi manusia dan hamba.
Ni dak.
Jangan sampai buat kucing gelak.
Sebab katanya.
Kucing dan manusia sama sahaja.
Lebih baik jadi kucing.
Keje meow meow sikit dah dapat kepok lekor.
Senang.

Sollu 'alan Nabi

No comments:

Post a Comment