Aku bukan musuh harta. Aku hanya musuh pengkhianat Negara. Aku hanya musuh pengkhianat bangsa apatah lagi musuh pengkhianat agama.
Aku dilahirkan di tanah merdeka ini.Aku tinggal disini dengan manusia pelbagai bangsa dan agama. Di sinilah lahirnya sebuah cinta. Di sini aku menghadapi hidup di dunia ini. Di sinilah bumi dipijak dan di sinilah langit dijunjung.
Aku adalah rakyat marhain biasa. Orang mengundi aku pun mengundi.Aku hanya berbahas di kedai kopi sahaja tentang Negara bukan di parlimen yang gah itu. Aku hanya mampu bercakap bahasa Negeri Pasir Berdengung dengan loghatku bukan seperti mereka yang mampu berbahasa inggeris dengan slant mereka yang angkuh itu. Biasalah bahasa orang kaya kaya.
Aku sangat cinta pada negara disebabkabkan itu aku suka berbicara tentang negara walaupun aku ini umpama ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Itulah kehidupanku bukan seperti mereka gaji beribu ribu .Makan sedap. Cincin isteri pun berjuta juta.
Aku hanya mampu memberikan isteriku cincin suasa puluhan ringgit Pasir Berdengung. Tapi aku bersyukur, isteriku menghargainya.Isteri aku kurus dan ayu dan menyejukkan mata dan hatiku bukan seperti isteri mereka, tak sanggup aku nak bagitahu. ALLAH itu maha adil.
Aku mahu kaya seperti mereka. Aku mahu berjuta juta seperti mereka tapi dengan cara yang betul. Dengan tidak menganiaya orang lain. Dengan usaha sendiri. Aku mahu semua itu , manusia mana tidak mahu? Mung oyak katku, aku nok tengok?
Tapi tahap aku bukan macam mereka,mereka kaya raya, duit rakyat disebat, rasuah jadi amalan, kononnya membela rakyat. Pirrrahhh.
Aku rasa aku lebih mulia dari mereka walaupun kocek ku ada 10 ringgit.Never mind aku lebih mulia.
Dia si kaki pengampu kaki penjilat terus bersama menyokong mereka. Sanggup jadi lembu. Mereka tetap ingin jadi lembu walaupun harga barang naik, minyak naik walaupun harga kangkung turun. Peduli apa dia, asal dapat BROM.Kira okay lah tuuuu…
Mereka kata minyak tak naik. Kurang suksidi sahaja, hangpa ada otak ke tidak? Mereka kata tak suka minyak naik sila keluar dari Negara Pasir Berdengung. Menteri Pasola berkata minyak turun, tapi kita boleh ganti dengan membina 40 universiti. Kita bantu rakyat.Kata menteri Pasola itu.
Inilah politik negaraku tercinta Pasir Berdengung. Aku cinta akan negaraku kerana ini tanah airku tapi aku tak suka rasuah, tak suka kronism, tak suka bini menteri jadi menteri. Aku tak nak keluar dari negaraku kerana di sini lahirnya sebuah cinta.Tapi aku dihalau kerana itu. Sungguh hebat pemikiran Menteri Pasola.
Aku rakyat kadang kadang macam pokok getah.Time perlu, macam macam bagi. Segala vitamin bagi,Vitamin B , Vitamin N , Vitamin K, Vitamin O. Bila tak perlu, habis ditoreh diriku. Sungguh kejam.
Tapi itulah kami hadapi di negera Pasir Berdengung yang kami cintai ini.Negeri yang kaya raya tapi sayang seribu sayang pemerintahannya kurang berilmu.Tak sanggup aku kata bodoh. Kejam sangat.
Mereka kata ,Mengapa kita tidak kaya raya?Tengoklah si fulan itu,bermewahan saja..Aku bertanya : apakah caranya untuk aku kaya?
Tapi.. secara mulia dan tanpa berdusta
Bukan kita tidak tahu Jalan, denai dan liku Agar harta ditemu dan disapu
Tapi semuanya cara palsu dan tipu..
Bukan kita tidak mahu,Tapi kita tidak mampu,Takut dan terkedu Mengenangkan Yang Maha Satu Yang Tiada BagiNya sekutu
Ya, telah kaya para pengkhianat,Dengan harta yang sarat,Tapi mereka lupa akhirat,Balasan yang berat,Dunia, jiwa bertukar menjadi keparat
Ya, telah kaya para pendusta,Syarat mereka ADALAH lupakan Yang Esa,
Harta rakyat, semua disebatHarta awam, semua dibekam .Mereka bertuhan hokum syaitoooon.
Aku pun ingin kaya,Ada harta, ada kereta yang istimewa,Ada rumah mewah yang melimpah,Ada hidangan yang bukan sebarangan,Ada duit yang bukan sedikit
Tapi, jalannya hendaklah suci dan bukan seperti seorang pencuri,
Jika ada jalan yang mulia,Di hujungnya ada harta,
Kita bukan musuh harta,
Kita cuma musuh pengkhianat bangsa
Dan Negara,
Apatah lagi pengkhianat agama..
CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. TIADA KAITAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MATI .WATAK MEREKA ADALAH ‘AKU’ ,’MEREKA ‘DAN ‘DIA ‘ SERTA BERLATARKAN NEGARA PASIR BERDENGUNG. SEANDAIAN ADA PERSAMAAN CERITA IA HANYA SEKADAR KEBETULAN YANG TIDAK DISENGAJAKAN
PERHARGAAN UNTUK DR MAZA KERANA IDEA CERPEN INI BERDASARKAN LIRIK LAGU YANG DIKARANG OLEH BELIAU.
MOHAMMAD NASRULLAH BIN ALIAS
16OKTOBER
1.00 P.M
No comments:
Post a Comment