Sunday, 24 August 2014

sedar weyyyy

Assalamualaikum 😯
Tak jawab dosa,
Jawab sayang.

Hangpa nak tahu dak.
Betulkan kedudukan.
Duduk bersimpuh pula.
Buat gaya Mak Cik Kiah yang semangat nak bercerita.

Ada orang pesan, kalau kita target nak kahwin umur 25, 10 tahun sebelum tu dah kena fikir dah. Umur 15 tahun dah kena fikir. Bukan fikir nak menggatal dik, fikir preparation kita. Bak kata omputih, emotionally and physically. Masa ini untuk cari ilmu banyak-banyak dan bina diri.

La ni, nak habaq kat hangpa, uii, taraf hidup dah makin tinggi.
Betulkan selendang sat.
Sambung balik.
Ha, semua sibuk sangat nak kahwin.
Orang lain nak kahwin, kita pun nak kahwin.
Sedangkan Subuh pun baru ke mana-mana.

Cubalah pagi-pagi itu bangun awal.
Ini tidak, kroh kroh kroh sampai ke tengah hari.
Macam mana dengan gaya itu nak kahwin.

Solat pun tunggang terbalik lagi.
Macam itu ke nak jadi seorang bapa.
Macam itu ke nak jadi seorang ibu.
Kahwin ini bukan untuk tahu ada anak sahaja.
Sebab kahwin itu untuk didik anak juga.

Masa muda inilah nak cari ilmu banyak-banyak.
Ni cheq nak habaq mai ilmu tang mana yang kena cari.
Ilmu fardu ain, ilmu parenting, ilmu kesihatan, ilmu nak berhadapan dengan orang tua, ilmu nak layan dan didik budak-budak, ilmu tentang hukum-hakam, ilmu kewangan.
Tak pandai banyak takpa, asai diri tu sedaq diri nak belajaq.
Tak pandai semua pun takpa, asai ada rasa sedaq nak perbaiki diri.

Ni tidak.
Menangis sok sek sok sek siang malam.
Sebab awek minta putus kerana katanya kita tak capai taraf hensem Saif Ali Khan.

Yang kita ini. Termenung pagi petang tak ada hala tuju.
Sebab teringat dekat pakwe yang dah berkenan dekat orang Kedah sana.
Lepas tu duk update status sedih jiwang sebab putus.
Siap bawah tu #SaveGaza, #SavePalestin.
Patutnya hashtag sekali #SaveMyself.

Hangpa bising nak daulah Islamiyah.
Hangpa tau dak, dari unit-unit kecil macam institusi keluarga tu la permulaannya.
Yang mana permulaan, yang dari kecilnya adalah diri kita sendiri.
Kita kahwin, dapat anak, dan nak didik anak cara Islam.

Dah kalau kita pun jenis solat main selam aucak aucak, kalau Al-Quran pun semput nak baca.
Camno nak daulah Islamiyah nya gitu.
Hangpa nak boikot, hangpa try cuba test boikot aspek-aspek kejahiliyahan dalam diri tu dulu.
Baru betul nak boikot.

Orang Gaza, menangis dia pun, kat akhirat sana dah terjamin.
Kita ini yang entah macam mana nasibnya.
Kita ini yang harus banyak menangis lagi.
Sbb x taw ap nseb kita kt akhirat nuu...

Waktu bujang la ni la banyak benda nak kena siapkan.
Hangpa toksah duk sedih tak mai jodoh lagi aih.
Cuba duk buat perkara-perkara yang meriangkan hati sikit.
Yang duk sedih lagu tu watpa aih.
Bukan coklat Smarties turun sendiri dari langit pun.

La ni, time hangpa ada masa, nilah masa nak fikir kewangan.
Rancang kewangan macam mana. Buat simpanan sikit-sikit. Baru masa depan terjamin di kemudian hari. Pikiaq lagu mana nak tambah kewangan. Lagi-lagi kalau hangpa lelaki. Hangpa nak tau dak, mak ayah akan lepaskan anak dara mereka bila dah tengok lelaki tu mampu dan boleh dipercayai untuk jaga anak dara mereka. Itu realiti pasai kalau nak kahwin dengan modal cinta sahaja, mana cukup kan.

La ni, hangpa kena pandai urus emosi.
Hangpa tau macam mana nak kawal marah. Hangpa tau macam mana nak rasional dan tenang bila masalah bertimpa-timpa datang. Hangpa tau macam mana nak berdikari dan tak bergantung hidup pada orang lain.

La ni, hangpa kena pandai jaga akhlak.
Jaga pergaulan tu, jangan duk rapat-rapat pompuan dan laki. Hangpa nak berkawan tak salah tapi jagalah batasnya. Nanti jadi fitnah pula. Kalau hangpa lelaki, jangan nak main-mainkan perasaan anak dara orang. Kalau hangpa perempuan, jangan nak gedik-gedik mesej dan call lelaki tanpa hala tuju.

La ni, hangpa kena pikiaq masa depan.
Besaq-besaq hangpa nak jadi apa. Camna hangpa nak kembangkan minat hangpa. Biar nanti boleh beri faedah dan manfaat pada orang lain. Hangpa kena ingat, kita hidup bukan sorang-sorang. Alangkah indahnya kalau hidup kita ni penuh baktinya terhadap manusia. Apatah lagi mak ayah sendiri. Hangpa pikiaq macam mana nak realisasikan impian-impian dan cita-cita menggunung tu dulu. Biaq nanti bila jasad dah tak ada kat muka bumi ni, pahala baik kita tetap mengalir.

La ni, hangpa kena latih buat ibadat banyak-banyak.
Buat checklist. Dhuha, tahajjud, rawatib, puasa sunat, selawat istighfar, zikir, faham Al-Quran dan lain-lain hangpa tambah sendiri. Tak mampu semua, ambil satu pun takpa aih. Asalkan satu tu buat selalu dan istiqamah. Dah konsisten nanti, tambah satu ibadah lain pula. Nanti dah lepas kahwin, senang, konsistenkan apa yang dah dikonsisten. Ajak pasangan buat baik skali.

Tapi, tapi. Ni cheq nak pesan. Hangpa jangan buat benda ni untuk kahwin saja. Sebenaqnya kalau nak habaq, ni la perkara yang kita kena buat untuk hidup kat muka bumi ni. Barulah hidup kita bermakna.

Baru kita jadi manusia dan hamba.
Ni dak.
Jangan sampai buat kucing gelak.
Sebab katanya.
Kucing dan manusia sama sahaja.
Lebih baik jadi kucing.
Keje meow meow sikit dah dapat kepok lekor.
Senang.

Sollu 'alan Nabi

Saturday, 16 August 2014

SMK Dato Ahmad Maher, MRSM TUMPAT, Kolej MARA dan KINI

bismillahirahmanirahim.....

Tetibe je rasa rindu member member lama dan rakan seperjuangku pada masa muda muda dulu...
dah rasa tua sangat kot sekarang.

blog ni saya nak menceritakan sejarah...chewah..sejarah kot..sejarah pendidikan ku .dari menengah rendah sehingga saya masuk ke IPTA.

Menengah rendah saya dimulai dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ahmad Maher,kota Bharu.

SEKOLAH BESTARI DAN KLUSTER KECEMERLANGAN MALAYSIA..sekolah ini juga dikatakan sekolah elit dan agak demand.

kawan kawan di sini majoriti dari bandar dan gaya hidup mereka sangat berbeza dgn hidup saya yang berasal dari kampung ini.

Tapi saya tak lupa daratan. Jadilah diri yang sebenar dan sesuaikan dengan keadaan bak kata peribahasa masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu mengembuuuu...hahaha

maher terus gemilang! bangga menjadi sebahagian dari Maherian



ok, masa upper form Form 4 dan FOrm 5, saya melanjutkan pelajaran saya ke MAKTAB RENDAH SAINS MARA TUMPAT,Tumpat. sekolah yang sangat lawa dan kedudukannya di tepi pantai.Sungguh cantik!
Walaupun saya tahu Smk Dato Ahmad Maher sekolah yg terbaik tp saya sengaja meninggalkannya untuk mencari pengalaman dan kenalan yang baru di samping berada di bawah naungan MARA yang tercinta sesuai dengan sosio ekonomi keluarga saya.Pengalaman di sini antara memori terindah dalam hidup ini.


graduasi....



CLASSMATE





SETERUSNYA,saya melanjutkan pelajaran ke Kolej MARA Kulim,KEDAH untuk program MATRIKULASI SAINS
Di sini, kenanganku tidak terlalu banyak tapi di sni aku berjumpa manusi manusia yang sangat baik. Di sini jugak aku belajar erti usaha,erti sabar,erti sahabat dan pelbagai erti lagi.
Classmate saya di sini semuanya bukan perokok.Hebat kan?hehe


classmate...



kawan....





OK kini saya berada di UITM PUNCAK ALAM,SELANGOR dan melanjutkan pelajaran dalam bidang OCCUPATIONAL THERAPY.
Bidang yang sangat menarik .Bidang yang membantu manusia sekeliling.Bidang yang sangat diperlukan untuk masa sekarang kerana masih kurang lagi tenga pekerja dalam bidang ini.

alhamdulillah di sini juga dipertemukan dengan kawan kawan yang baik.


HAHA,





OK, penat dah menulis, setakat ini sahaja untuk slot ini

doakan saya untuk terus berjaya dan berbakti kepada ALLAH dan MANUSIA.

HABLU MINNA ALLAH WA HABLU MINNA NAS..






Tuesday, 5 August 2014

FATAMORGANA

Bismilahirahmanirahim,dimulai dengan lafaz mulia ini.Assalamualaikum kepada pembaca yang dikasihi sekalian.Mudah mudahan kita semua berada dalam rahmat ALLAH hendaknya.Masa berlalu pergi,hari berganti hari, umur semakin berkurangan dan mati semakin mendekati.Bersediakah kita insan yang Mana sentiasa melakukan dosa dan silap ini? Bulan Ramadhan baru sahaja meninggalkan kita,adakah kita boleh menjamin Ramadhan nanti kita akan bertemu kembali? Tepuk dada tanya iman, anda mampu memikirkannya dan mencari jawapannya .

” cinta itu cahaya sanubari
kurniaan Tuhan fitrah insani
dan di mana terciptalah cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis di rasa
menghibur nestapa
merawat duka
damai di jiwa
terpadamlah api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang begitulah cinta
yang diidamkan tanpa nafsu yang mencemarkan”

Pernah dengar tak bait bait lirik yang menyentuh kalbu ini? Yaa…betul! Lirik nasyid “Kerana Cinta” yang didendangkan oleh kumpulan Mestica suatu masa dahulu. Tapi apa kaitan dengan Fatamorgana yang merupakan bakal tajuk utama dalam penulisan ini? Bukankah Fatamorgana dan Kerana Cinta adalah lagu yang berbeza? Ya, memang berbeza dan saya tak kata pun perkara itu ada perkaitan dan bukanlah niat saya ingin membincangkan topik itu pada lembaran ini. Kebetulan saya tengah mendengar lagu itu tatkala menulis penulisan yang tak seberapa ini dari seorang penulis amatur macam saya.Kebetulan! maklumlah untuk mendapat cetusan idea.hehehe.
Berbalik kepada topik yang sebenar.Apa itu fatamorgana? Fatamorgana adalah sesuatu yang semu, iaitu suatu bayangan yang tampak seperti ada tapi sebenarnya tidak ada. Sebagai Contoh adalah bila kita berjalan kaki ditengah terik matahari di jalan yang panas dan tak ada kenderaan, memandanglah ke arah yang jauh maka anda akan mendapati dikejauhan seakan akan ada percikan air. Sementara bila anda dekati air tersebut tidak ada, seakan akan menghilang dan hakikatnya memang tak ada. Ini sebenarnya adalah pantulan daripada langit yang dipantulkan udara panas. Udara panas ini berfungsi sebagai cermin.Bagi ilmu fizik sikit.

Begitulah hidup kita di muka bumi yang fana ini.Penuh dengan penipuan, penuh dengan kepalsuan, penuh dengan fatamorgana.Cinta, harta, wanita, pangkat,berapa ramai manusia dalam kalangan kitayang terleka dengan perkara itu?. Saudaraku, cinta itu fitrah dan jangan jadikan ia fitrah.Harta itu adalah wasilah untuk ke syurga dengan menginfaknya ke jalanNYA dan jangan jadikan ia sebagai sebab untuk ke Neraka.Wanita itu adalah pelengkap dan perlu dilindungi dan dibimbingi bukannya tempat melampiaskan hawa nafsu yang tercela.Pangkat dan kuasa yang sepatutnya digunakan ke arah jalan dakwah dan bukannya untuk dimegahkan dan menjadi sombong di muka bumi Allah ini.Sedarlah, semuanya adalah Allah yang punya dan Allah pinjamkan kepada kita. Tak ada apa kita kalau Allah tidak beri.Malulah kepada Allah.

Allah berkali-kali menegaskan di dalam Al-Quran bahwa dunia ini adalah kenikmatan yang bisa menipu. Siapa jatuh cinta pada dunia, ia akan tertipu olehnya. Oleh kerana itu, pilihan terbaik adalah mengurangi, dan kalau bisa sama sekali tidak tergiur pada kenikmatan dunia. Bukan bererti Allah melarang kita bersenang-senang selama hidup di dunia, namun yang penting adalah bagaimana kita tidak tertipu oleh kenikmatan semu dan sementara. Ingat, hidup ini fana, dan segala yang ada dan tercipta didunia ini pun fana adanya.

Sangat takut menjalani hidup. Seorang yang cinta dunia ibarat orang yang cinta kepada kekasihnya; ia takut kehilangan kekasihnya, ia takut kekasihnya direbut orang. Sama halnya dengan seorang yang cinta pada dunia. Hidupnya selalu takut dan dibayang-bayangi oleh kegelisahan. Punya wang takut habis, punyakereta takut dirompak, punya emas takut dicuri. Begitu seterusnya. Hidupnya selalu takut. Punya jawatan takut. Takut apa? Takut “jatuh” ke tangan orang lain.Tapi hakikatnya semua itu adalah fatamorgana! Fatamorgana!

Lalu, bagaimana caranya agar kita bisa hidup tenang dan bahagia? Mungkin kita perlu belajar dari “filosofi” tukang penjaga parkir. Cubalah amati dan perhatikan tukang penjaga parkir yang ada disekitar Anda. Meski ia “memiliki” banyak keretadi depannya, dia tidak pernah sombong. Walaupun berpuluh puluh kereta, dia tidak takabur. Bahkan, kereta kereta diambil sampai habis pun, dia tidak merasa sakit hati. Apa sebabnya? Sebab, semua yang dia “miliki” itu hanya fatamorgana belaka. Demikianlah gambaran tentang semua harta dan apa yang kita raih dan miliki selama hidup di dunia. Semuanya hanyalah titipan Allah yang Maha Kuasa. Kita tak pernah “memiliki” apa-apa; kita hanya diberi kesempatan untuk menjaga dan mendayagunakannya dengan sebaik-baiknya.

Kalau demikian adanya, mengapa kita mesti stress dan resah menjalani hidup? Penyebabnya, karena kita masih merasa memiliki apa yang ada ditangan kita. Padahal semua itu milik Allah semata. Bahkan, diri kita ini pun milik Allah, dan kelak akan kembali kepada-Nya. Hidup di dunia ini Cuma hampir minum saja. Tidak lebih! Oleh sebab itu, siapapun yang kaya, menjadi pejabat atau penguasa, janganlah sombong menaruh tangan dipinggang. Ingat, dunia hanya sementara, tak akan lama jadi orang kaya. Siapapun pasti akan mati juga!
Sikap yang terbaik adalah jangan panik melihat dunia! Semua yang ada didalamnya hanya milik Allah semata. Allah suka orang yang tawadhu, rendah hati, tidak sombong,. Oleh sebab itu, penulis menghimbau kepada para pejabat agar bersikap biasa-biasa saja, jangan sombong atau merasa lebih tinggi kerana yang membuat kalian mulia bukanlah harta kalian, bukan pangkat dan wang kalian, melainkan hati kalian sendiri. Dan, kerendahan hati adalah kunci sukses seorang pejabat atau penguasa yang ingin dihormati oleh bawahannya atau masyarakatnya.
Kepada saudara-saudaraku yang kebetulan hidup serba kekurangan dan tak berpunya, seyogianya tak perlu merasa rendah diri dan malu. Meski punya wang sedikit, tidak perlu malu kepada orang yang punya wang banyak. Meski Anda sekarang hanya punya basikal, tidak usah malu kepada mereka yang memiliki motor dan kereta. Semua urusan di dunia ini sudah diatur oleh Allah yang Maha segala.
Tapi, harus dingat Tuhan itu tidak akan mengubah diri kita kalau kita sendiri tidak ubah diri kita sendiri. Allah berfirman dalam surah Al Ra’d ayat 11
.... “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” .

Segala yang ada didunia ini tidak mungkin datang dengan sendirinya, semua melalui proses yang beraneka ragam, didasari doa, usaha, dan kesabaran. Kalau segala usaha sudah dicuba dan pengorbanan harta benda juga sudah dilakukan, janganlah putus harapan kalau kita tidak memperoleh apa yang kita inginkan. Yakinlah! Allah bersama orang-orang yang bertawakal dan tidak mudah berputus asa.

Akhir kalam, pilihlah jalan hidup kita dengan jalan yang selamat.Kerana hidup di di dunia ini adalah sementara sahaja.Akhiratlah tempat terakhir dan selamanya.Syurga atau Neraka.Letak dunia hanya di tangan dan akhirat di hati.Teringat nasyid yang dipopularkan Hijjaz dan Inteam,”Jangan Kita Lupa”. Nasyid lagi. Hehe..sorry…




‘’Hai manusia…
Yang hidup di dalam dunia ini
Jangan kita lupa… pada godaan dunia
Hidup ini adalah kurniaan dari Tuhan
Dan hidup ini janganlah dibuang percuma

Jalan yang sempit
Yang membawa kepada kehidupan
Jalan yang luas
Yang membawa kepada kehancuran
Ramai orang yang melalui jalan yang luas itu
Sedikit orang yang melalui jalan sempit itu’’



Hayatilah dan fahamilah lirik tu.Last but not least,jangan sangka saya yang menulis ini sempurna dan tak pernah melakukan dosa kerana saya menulis ini tapi saya telah belajar untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini.Sama sama kita istiqamah.Insya-ALLAH.

Wallahua’lam



5 OGOS 2014
9 SYAWAL 1435

NASRULLAH ALIAS