Delusion Themes
Delusion adalah antara simptom yang dihadapi oleh pesakit mental seperti Schizoprenia.
Maksud Delusion dengan bahasa mudahnya ialah kepercayaan salah oleh pesakit yang bertentangan dengan budaya, persekitaran ,agama dan tahap pendidikan sesuatu tempat tersebut.
Terdapat pelbagai delusion themes yang dihadapi oleh pesakit
1) Persecutory Delusion juga dikenali sebagai Paranoid Delusion.
Contohnya Pesakit akan merasakan dan percaya seolah-olah ada orang atau organisasi yang cuba untuk mencederakannya atau menjejaskan reputasinya atau merasakan ada yang cuba membuatkannya menjadi gila dan contoh seumpama.
2) Delusion of reference.
Pesakit merasakan dan percaya tindakan ,suasana atau peristiwa yang berlaku seakan akan ditujukan pada pesakit, Sebagai contoh berita di TV atau drama-drama TV dan seumpama.
3) Grandiouse and Expansive Delusion.
Pesakit akan merasakan ada keajaibkan yang menabjukkan pada dirinya seperti kekayaan ,kuasa mistik dan seumpamanya walaupun hakikatnya tidak.
4) Nihilistic Delusion.
Pesakit percaya hidup mereka sudah tidak bermakna ,kareer mereka telah musnah dan mahukan kematian segera tiba dan menyatakan dunia adalah azab yang besar, kebiasaannya berlaku kepada pesakit yang mengalami severe depressive disorder.
5) Hypochondrical Delusion.
Pesakit percaya yang dia mempunyai penyakit fizikal walaupun hakikatnya tiada Medical Evidence.
6) Delusion of Jealousy.
Berlaku banyak pada pesakit lelaki, Cemburu yang amat melampau kepada pasangan atau orang yang mereka cinta yang menyebabkan berlaku tindakkan agressive behavior atau luar jangka.
7) Sexual or amorous delusion.
Kerap berlaku pada pesakit wanita, Pesakit percaya bahawa dia dicintai oleh seseorang lelaki yang tidak pernah bercakap atau tidak pernah kenal mengenali antara satu sama lain.Contohnya pesakit percaya yang dia dicintai oleh Aaron Aziz atau Lee Min Ho walaupun mereka tidak pernah mengenali pesakit .
Article Sebenar di sini
Nasrullah Alias 12.11 a.m 24 Februari 2016