Friday, 23 January 2015

BANJIR 26 DISEMBER 2014


Bismillahirahmanirahim…


Tanggal 26 Disember 2014 menjadi detik hitam dan bersejarah kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya warga pantai timur (Kelantan , Terengganu dan Pahang) dan tidak lupa negeri Perak kerana diuji musibah banjir yang amat besar.

Ini dipanggil musibah .Bukan lagi fenomena banjir biasa yang sentiasa melanda pantai timur pada setiap penghujung tahun tetapi ini musibah yang mengajar manusia untuk berfikir dan berzikir(mengingati Allah) serta bermuhasabah diri.

Tarikh ini juga merupakan sedekad peristiwa Tsunami 2014 yang mengorbankan jutaan manusia.TIADA DAYA MANUSIA MELAINKAN ALLAH YANG MAHA BESAR.
.
Mari kita terokai apa yang dikatakan melalui ayat al-Quran dan hadis mengenai musibah atau bencana alam itu.
Allah sentiasa mengingatkan manusia akan tanggungjawab menjadi khalifah-Nya di muka bumi dengan nilai tanggungjawab yang sebenar, antaranya dalam surah al-Qasas ayat 77 maksudnya:

“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat dan janganlah kamu melupakan kebahagiaanmu daripada(kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) seperti Allah berbuat baik kepadamu.

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan.”

Telitilah sepenuh hati maksud ayat al-Quran itu. Apakah kita sebagai seorang manusia akur dengan amanah Allah itu?

Lihatlah di sekeliling kita pelbagai kerosakan alam sekitar berlaku lantaran tangan manusia yang hanya melihat kenikmatan dunia dan melupai akan peringatan Allah. Maka terjadilah bencana seperti banjir ini.

Bagi saya, tidak wajar untuk kita menyalahkan takdir ALLAH seakan akan kita menyalahkan Allah semata mata.Tapi salahlah tangan tangan manusia yang melakukan kerosakkan di muka bumi ini.

Mari kita hayati satu lagi peringatan Allah iaitu firman-Nya dalam surah ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud: “Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”

Banjir Kelantan atau warga di sini menggelarkannya “Tsunami sungai" bagi menggambarkan betapa dasyatnya banjir ini. Hampir seluruh negeri Kelantan terjejas dengan banjir ini. Daerah yang paling terjejas ialah di Kuala Krai. BAYANGKAN , salah satu sekolah di sana yang tingginya 4 tingkat tengelam .Luar biasa.
Saya sendiri yang menetap di daerah Tumpat turut ditimpa bencana ini. Semenjak saya hidup selama 2 dekad, inilah kali pertama saya turut berpindah ke pusat pemindahan.

Hari pertama banjir amat lah menguji iman dan takwa. Bantuan tidak sampai kerana laluan darat tidak dapat dihubungi. Bekalan Air Bersih dan elektrik terputus.
Hal ini mengajar kami semua untuk mensyukuri nikmat Allah yang tidak putus putus diberikan kepada HambaNya sebelum ini.

Allah juga ingin mengajar kita bahawa tiada beza kita semua di muka bumi ini melainkan iman dan takwa,Tiada yang terkecuali.
Semua harta harta kita semua adalah milik ALLAH , tidak ada hak milik kita.Bila bila masa Allah boleh tarik.






Sememangnya pasca banjir adalah jauh lebih menyedihkan.Mangsa berhadapan dengan kerugian harta benda yang mencecah ribuan ringgit. Ada juga mangsa yang tinggal sehelai sepinggan dan tida rumah untuk didiami akibat rumahnya musnah dibadai banjir. Berat lagi mata melihat berat lagi mata memanadang.Semoga mereka kuat menghadapai hari mendatang dan semoga ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Aamin.




Saya sendiri dipilih ALLAH dan diberikan kesempatan untuk membantu mangsa banjir. Sesungguhnya, kesengsaraan mangsa banjir jauh lebih besar jika dibandingkan dengan kami yang membantu ini. Kami di sini untuk mengumpul dan pack barang barang serta mengangkut ke kontena untuk dihantar kepada mangsa mangsa banjir yang terjejas
.



Kami juga yang menjadi sukarelawan bawah Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Uitm turut menyertai misi bantuan banjir ke pantai timur. Semoga segala bantuan ini mampu meringankan bebanan mangsa. Semoga misi ini juga dirahmati dan diredhai Allah.



Sampai di sini sahajalah dapat saya kongsi pada blog saya yang tak seberapa ini .Jika ingin dikongsi semua, rasanya 3 hari menulis tidak mencukupi lagi.

Akhir kalam, berfikirlah dan berzikirlah. Dalam pahit pasti ada manis yang mendatang. Usahlah dipolitikKan lagi.
Bantulah seikhlas mungkin WAHAI UMNO DAN PAS .

Semoga mangsa banjir tabah dan diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup.

KADANG KADANG ALLAH MENDATANGKAN KITA GURUH , PETIR DAN HUJAN YANG LEBAT, KITA BERTANYAKAN KEPADA ALLAH,MENGAPA? RUPA RUPANYA ALLAH INGIN MENGHADIAHKAN PELANGI YANG INDAH.

YAKINLAH PASTI ADA HIKMAHNYA.
WAALLAHUA'LAM